Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Mana-mana individu yang berminat untuk berniaga bersempena sambutan Tahun Baru Cina boleh mengemukakan permohonan di Jabatan Pelesenan dan Penjaja Majlis Perbandaran Klang (MPK) bermula hari ini sehingga 17 Januari depan.

Pengarah Komunikasi dan Pengaduan Awam MPK, Norfiza Mahfiz berkata, para pemohon dikehendaki menyerahkan borang permohonan dalam tempoh yang ditetapkan tersebut untuk melayakkan mereka menjalankan perniagaan pada sambutan berkenaan.

“Mereka yang berminat mesti mempunyai lesen perniagaan dan penjaja bayaran RM720. Perniagaan akan dimulakan pada 19 Januari sehingga 30 Januari 2014,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Norfiza berkata, hanya seorang pemohon sahaja dibenarkan untuk memohon satu tapak dan peniaga serta pembantu dikehendaki memakai tag yang disediakan MPK semasa menjalankan perniagaan.

Justeru, katanya, orang ramai yang berminat untuk berniaga semasa sambutan Tahun Baru Cina diminta menghubungi Jabatan Pelesenan di talian 03-3375 5555 sambungan 6308 untuk sebarang pertanyaan atau datang terus ke kaunter terlibat.

0 comments:

Post a Comment