Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihati orang ramai supaya membuat bayaran bil air tertunggak dengan segera.

Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, Syabas akan mengadakan operasi bil tertunggak dari 1 hingga 31 Januari ini.

Kawasan yang terlibat dalam operasi ini adalah Kuala Lumpur, Gombak, Klang, Shah Alam, Sepang, Hulu Langat, Kuala Langat dan Sabak Bernam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.

Priscilla berkata, jika tindakan pemotongan dikenakan, pengguna terlibat akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25 dan caj penyambungan semula sebanyak RM25 sebelum penyambungan semula dapat dibuat.

Beliau bagaimanapun menjelaskan, caj yang dikenakan tersebut bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan untuk pemotongan dan penyambungan semula bekalan air.

Menurutnya, caj itu seperti yang diwartakan oleh Kerajaan Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997  iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 yang masih diguna pakai hingga kini.

0 comments:

Post a Comment