Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

Dibesarkan dalam keluarga yang besar mungkin memberikan impak buat pelakon cantik, Neelofa Mohd Noor, 24, yang mengakui takut tidur bersendirian.

“Lofa memang takut, lebih lagi bila kena tidur seorang Bukan tak biasa tinggal di asrama tetapi LA bukan macam Kuala Lumpur. Andai ada kamera, kakak boleh pantau masa saya tidur,” katanya memetik laporan Berita Harian, hari ini.

Bukan tidak pernah meninggalkan keluarganya dengan bekerja ke luar daerah tetapi pemergiannya selama sebulan di Los Angeles (LA) merupakan perpisahan yang paling lama pernah dialaminya.

Selain itu, Neelofa juga mengatakan dia sangat risaukan keselamatan dirinya sepanjang berada di sana.

Oleh sebab itu, pengacara Meletop itu telah berkira-kira mendapatkan sebuah gajet yang seakan-akan kamera kawalan litar tertutup (CCTV) bagi memantau kediaman yang bakal dihuninya.

Pemergian aktres itu ke LA adalah untuk mempelajari teknik lakonan di New York Film Academy (NYFA) yang pernah diikuti oleh pelakon Liyana Jasmay sebelum ini.

Oleh: AUDREY LEE

0 comments:

Post a Comment