Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

JOHOR BAHRU – Sektor hartanah di Iskandar Malaysia diibaratkan seperti “madu dihurung oleh lebah-lebah”, berikutan kerancakan projek-projek hartanah di wilayah pembangunan khas selatan tanahair itu akhir-akhir ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gadang Holdings Berhad Tan Sri Kok Onn berkata, Iskandar Malaysia kini merupakan kawasan pertumbuhan yang kedua penting dalam negara selepas Kuala Lumpur.

“Pada ketika ini, Johor Baharu dan Iskandar Malaysia diibaratkan seperti ‘gula atau madu yang dihurung oleh lebah-lebah’, dengan syarikat-syarikat daripada dalam dan luar negara berlumba-lumba memasuki pasaran hartanah di Iskandar Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran projek pembangunan hartanah bersepadu “Capital City” yang memiliki Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM2.2 bilion di sini, baru-baru ini.

Projek hartanah terbaru di Iskandar Malaysia itu, melibatkan pembinaan blok-blok hotel dan kediaman serta pusat membeli-belah adalah hasil usaha sama di antara Kumpulan Gadang, Hatten Group Sdn Bhd serta Sunbuild Development Sdn Bhd.

Menurut Kok Onn lagi, walaupun projek pembangunan minyak dan gas di Pengerang terletak di luar Iskandar Malaysia, tetapi beliau berkeyakinan wilayah pembangunan khas itu akan turut menerima kesan daripadanya.

Dengan Petronas komited melabur RM60 bilion di Projek Bersepadu Penapisan dan Petrokimia (RAPID), Iskandar Malaysia turut akan menerima limpahan daripada pelaburan besar di Pengerang itu, katanya.

Kumpulan Gadang katanya, turut terlibat di dalam projek pembinaan infrastruktur di Pengerang.

Semenjak dilancarkan pada akhir 2006 hingga kini, Iskandar Malaysia yang berkeluasan 2,217 km persegi atau dua kali ganda Singapura telah berjaya menarik kira-kira RM130 bilion pelaburan daripada dalam dan luar negara.

Di antara sektor yang paling banyak menerima pelaburan di Iskandar Malaysia adalah hartanah.

Bagaimanapun Kok Onn berkata, disebabkan kerancakan pembangunan hartanah di Iskandar Malaysia, nilai tanah di kawasan pembangunan khas itu turut melambung dengan tinggi.

Katanya, nilai tanah di beberapa lokasi yang “panas” di Iskandar Malaysia seperti di Danga Bay telah meningkat daripada RM150 kaki persegi tidak lama dahulu kepada kira-kira RM1,000 kaki persegi ketika ini.

Walaupun berhadapan dengan nilai tanah di Iskandar Malaysia yang melambung, ia tidak menghalang syarikat-syarikat hartanah daripada dalam dan luar negara untuk membeli tanah-tanah bagi projek pembangunan hartanah mereka.

Baru-baru ini syarikat hartanah tempatan, Mah Sing Group Bhd telah membeli 540 hektar tanah di Pasir Gudang bernilai RM429 juta bagi projek hartanah terbarunya yang mempunyai nilai kasar sebanyak RM5 billion.

Dua hari lepas, syarikat Tebrau Teguh Bhd dan Tropicana Corp Bhd juga akan bekerjasama bagi membangunkan projek hartanah di Plentong, Johor Bahru yang mempunyai nilai kasar RM3.7 bilion.

Selain syarikat tempatan, syarikat hartanah luar termasuk Country Garden Holdings Ltd turut melabur RM800 juta untuk membeli plot-plot tanah di Danga Bay bagi membangunan projek hartanah bernilai RM18 bilion meliputi 9,000 unit kondominium.

Syarikat hartanah yang berpangkalan di Guangzhou,China, R&F Properties Co Ltd turut melabur RM4.5 bilion untuk membeli enam plot tanah di Johor Bahru untuk pembangunan hartanahnya. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment