Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 31, 2013

No Comment

GEORGETOWN – Tiga lelaki dan seorang perempuan dihadapkan ke Mahkamah Tinggi di sini hari ini atas tuduhan mengedar pelbagai jenis dadah pada 18 Dis lalu.

Bagi kes pertama, See Thor Hon Seng, 36, dan Ong Che Ling , 51, didakwa mengedar 341 gram nimetazepam, 264 gram pil ecstacy, 101 gram methamphetamine dan 604 gram ketamine di sebuah rumah di Air Itam pada kira-kira 1.30 tengah hari, 18 Dis lepas.

Bagi kes kedua, Teh Lai Heng, 37, dan Tan Kean Lye, 45, didakwa mengedar ketamine seberat 2,846 gram dan 112.5 gram nimetazepam di sebuah rumah di Tanjong Bungah pada kira-kira 10.30 malam pada tarikh yang sama.

Kesemua mereka didakwa mengikut mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Mahkamah menetapkan 26 Feb depan untuk sebutan semula kedua-dua kes untuk laporan kimia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment