BUKAN sahaja dibelasah, malah seorang wanita di Herat, Afghaistan terpaksa menanggung kesakitan selepas hidung dan bibirnya dikerat oleh suaminya yang juga seorang penagih dadah.
Wanita yang dikenali sebagai Satara itu berkata, suaminya bertindak ganas selepas dia enggan memberikannya wang untuk membeli dadah.
Suspek turut merampas telefon dan cincinnya sebelum melarikan diri, memetik laporan Daily Mail.
“Dia memukul kepala saya dengan batu sebelum mengerat hidung dan bibir saya,” ujarnya.
Satara kemudiannya dikejarkan ke hospital untuk rawatan sebelum dipindahkan ke sebuah lagi hospital di Turki untuk rawatan susulan.
Sementara itu, ibunya, Nasima mahu pihak polis menghukum menantunya itu secepat mungkin.
“Saya harap mereka merejamnya sehingga mati untuk memberi pengajaran kepada orang lain,” katanya.
Oleh: ELZA
0 comments:
Post a Comment