Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, December 30, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) dan Ethiopian Airlines mengadakan perkongsian kod berkuat kuasa mulai 1 Jan, 2014, yang akan menyediakan akses kepada syarikat penerbangan negara untuk ke Addis Ababa, ibu kota Ethiopia.

MAS berkata perkongsian kod baharu itu sah untuk tempahan mulai hari ini.

Perkongsian kod itu melibatkan perkhidmatan Ethiopian Airlines dari Addis Ababa, bandar terbesar di Ethiopia, ke Kuala Lumpur dan sebaliknya,dengan kod penerbangan MAS.

Perkhidmatan ini akan termasuk transit di Bangkok, demikian menurut MAS dalam satu kenyataan.

“MAS sangat gembira untuk menawarkan kepada pelanggan kami satu lagi capaian ke benua Afrika dan kepada pelanggan Ethiopian Airlines akses ke Kuala Lumpur.

“Ia juga merupakan usaha kami ke arah meningkatkan hubungan udara dengan pasaran utama di luar negara bagi peningkatan ketibaan pelancong ke Malaysia sempena kempen Tahun Melawat Malaysia 2014,” kata Ketua Pegawai Eksekutif  Kumpulan MAS Ahmad Jauhari Yahya.

Melalui kerjasama ini, MAS boleh mengembangkan capaiannya di Afrika tanpa mengendalikan penerbangan sendiri, kata Ahmad Jauhari.

“Sebagai salah satu destinasi pelancongan yang paling mampu dimiliki di rantau Asia Pasifik, kami yakin lebih ramai pelancong dari rantau Afrika akan menggunakan perkongsian kod ini dan melawat Malaysia, ” katanya.

Penerbangan MAS, MH9489 akan berlepas dari Kuala Lumpur pada pukul 11.25 malam setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dan tiba di Addis Ababa pukul 6.45 pagi pada hari berikutnya.

Sementara itu, MH9488 akan berlepas dari Addis Ababa pada pukul 12.40 tengah malam setiap Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad dan tiba di Kuala Lumpur pada pukul 6 petang.

Kod Ethiopian Airlines bagi perkhidmatan ini ialah ET619 dan ET618.

Bagi mempromosikan perkongsian kod ini, MAS kini menawarkan tambang pergi balik termasuk semua ke Addis Ababa bermula dari RM3,885 untuk perjalanan kelas ekonomi dan RM13,170 untuk perjalanan kelas perniagaan.

Pelancong boleh menempah tiket ke Addis Ababa melalui talian bebas tol 24 jam MAS, di 1-300-88-3000, pejabat tiket MAS dan ejen yang dilantik di seluruh Malaysia. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment