Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, December 6, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR  – Datuk Seri Najib Razak membidas pembangkang kerana enggan memperakui sistem ‘first-past-the-post’- parti pertama capai majoriti diisytihar menang pilihan raya.

Presiden UMNO berkata, sistem itu sudah diamalkan sejak pilihan raya 1959 di mana parti pertama yang mencapai majoriti diisytihar menang.

“Maknanya, semua pilihanraya terbabit apabila Barisan Nasional mencecah 112 daripada 222 kerusi, menurut sistem ini, kita berhak membentuk kerajaan seperti yang dilakukan,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Perhimpunan Agung UMNO bertema “UMNO: Mewajah Masa Depan” di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, sebentar tadi.

Najib berkata, analogi untuk kefahaman ramai adalah cerita yang mudah.

“Katalah dalam satu perlawanan badminton, Najib melawan Anwar (Anwar Ibrahim), ke Anwar melawan Najib, mana-mana pun tak kisahlah. Dalam set pertama Najib menang 21-15, dalam set kedua Najib kalah 05-21, tetapi set penentu Najib menang 21-16.

“Tentulah dalam perlawanan ini, memenuhi peraturan, pengadil mengisytiharkan Najib menang. Tetapi Anwar membantah tak setuju kerana katanya, jumlah mata terkumpul beliau adalah 52 berbanding Najib 47.

“Mana boleh kira macam tu, tak betul tu. Kita ada sistem, kita main ikut set. Siapa menang majoriti dialah juara,” katanya.

0 comments:

Post a Comment