Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, December 5, 2013

No Comment

Berikutan isu cemburu Qi Razali terhadap Sharnaaz Ahmad kerana memuatnaik sekeping gambarnya bersama bersama Nelydia Senrose beserta caption yang mengundang spekulasi, Sharnaaz memohon maaf kepada Qi kerana telah menimbulkan suatu yang tidak senang kerana perkara tersebut.

“Macam dengan Pekin dulu, kami kawan rapat. Jadi senanglah untuk berjumpa. Macam dengan Qi, saya hanya kenal sebagai rakan dalam industri sahaja.

“Seperti yang saya katakan sebelum ini, saya mohon maaf andai Qi terasa dan saya dah jumpa dengan Nely petang tadi (semalam). Saya pun tak pasti ini salah faham, atau mereka memang ada masalah sebelum ini dan kebetulan perkara ini berlaku.

“Apa yang pasti saya tak mahu cari gaduh, apatah lagi melibatkan isu kerja. Rasa tak seronoklah sebab saya kena bekerjasama dengan Nely. Apatah lagi ini drama terakhir saya dan saya memang beri 200 peratus untuk drama ini,” jelas Sharnaaz.


0 comments:

Post a Comment