Pelakon Kamal Adli mengakui agak kesal dengan sikap pelakon Fizz Fairus kerana bersikap acuh tak acuh dan tidak memberi komitmen ketika berganding bahu dalam kumpulan Apa Kasih Toq untuk bersaing dalam program Liga Lawak Superstar (LLS).
Selepas mengetahui penarikan diri Fizz Fairuz kerana ingin mengikuti rombongan ke United Kingdom, Kamal bertambah terasa hati kerana dia turut mendapat undangan untuk mengikuti rombongan itu tetapi menolak kerana komitmentnya terhadap Liga Lawak Superstar. Lebih menyedihkan tempatnya itu telah digantikan oleh Fizz Fairuz.
“Apabila pihak TV3 mengesahkan Fizz terpaksa menarik diri kerana ada masalah yang tidak dapat dielakkan, kami akur.
“Cuma saya terkejut dan terkilan apabila melihat di Instagram miliknya, dia bersama tiga artis lain iaitu Fizo Omar, Fahrin Ahmad dan Iqram Dinzly menyertai rombongan ke Cardiff yang dibawakan oleh Rafflesia.
“Sebenarnya saya pun dijemput oleh Rafflesia untuk ke UK tetapi saya terpaksa tolak kerana komitmen dalam LLS. Saya tak sangka pula tempat saya itu Fizz yang ambil,” katanya.

0 comments:
Post a Comment