Berikutan tersebarnya video seorang wanita bernama Kiki yang bertindak mengamuk di jalan raya memaki hamun dan memukul kereta seorang lelaki tua kerana terlanggar keretanya wanita itu kini telah membuat permohonan maaf secara terbuka menerusi satu video bersama Anil. Lihat video tersebut
Bagaimanapun tindakan biadap wanita itu telahpun dimaafkan oleh mangsa. Selain itu mangsa juga tidak membuat sebarang laporan polis berkenaan kejadian itu.
Namun, menurut laporan Sinar Harian pagi Khamis, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, pihaknya akan menyiasat kes itu mengikut undang-undang jalan raya kerana dipercayai wanita terbabit bertindak sebagai pembuli jalan raya
Tambahnya lagi, “Saya sudah melihat rakaman video itu. Garang sungguh perempuan itu, ketuk sana, ketuk sini. Dia tidak boleh bertindak demikian. Kalau berlaku kemalangan, kejadian itu perlu dilaporkan kepada kita, biar kita siasat. Jangan mengambil tindakan sendiri,”
Menurutnya juga, walaupun tiada laporan dibuat namun video yang tersebar itu telah menunjukkan bukti kejadian dan kesalahan wanita tersebut. ─ SiakapKeli.com
0 comments:
Post a Comment