![]() |
File photo of Kabul airport. (AFP/Roberto Schmidt) |
KABUL: Pihak tentera Afghanistan mengesahkan bahawa lapangan terbang Kabul kini diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjata.
Pegawai tentera, Afzan Aman berkata dua bangunan di bahagian utara lapangan terbang berkenaan diambil alih oleh sekumpulan lelaki bersenjata, yang menggunakannya sebagai pangkalan untuk menembak roket dan senjata api ke arah lapangan terbang serta jet pejuang ISAF.
Jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Sediq Sediqi berkata lelaki bersenjata terbabit yang menawan bangunan itu kini dikepung oleh polis. Beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai sesiapa yang mengalami kecederaan. - AP
0 comments:
Post a Comment