Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 19, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Malaysia Airlines (MAS) akan mengetepikan sebarang fi yang dikenakan ke atas penumpang yang mahu membuat perubahan dalam jadual perjalanan ke mana-mana destinasi MH.

MAS dalam satu kenyataan hari ini berkata berikutan insiden MH17, penumpang yang mahu menangguhkan atau membatalkan rancangan perjalanan mereka boleh mendapatkan bayaran balik, termasuk tiket yang tidak membolehkan mereka mendapatkan bayaran balik.

Ia berkata penumpang Enrich juga diberikan manfaat yang sama ke atas jika membuat perubahan dalam jadual perjalanan masing-masing, selain pemulangan semula perbatuan jika mereka memilih untuk membatalkan tiket-tiket penebusan.

“Malaysia Airlines sedih atas kehilangan MH17, dan sesungguhnya syarikat itu menghargai sokongan para penumpang,” katanya.

Kenyataan itu menyebut bahawa bayaran balik hanya terpakai mulai 18 Julai hingga 24 Julai, bagi perjalanan dari 18 Julai 2014 hingga 31 Dis 2014.

Ia berkata penumpang yang mahu membuat perubahan ke atas jadual perjalanan masing-masing, boleh menghubungi pejabat tiket terdekat atau menghubungi Pusat Panggilan Globalnya di 1-300-88-3000.

MH17 membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dari Amsterdam ke Kuala Lumpur apabila terhempas di Ukraine, dekat sempadan Rusia.

Semalam, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat itu ditembak jatuh.

Penerbangan itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari (waktu Amsterdam) pada Khamis dan dijangka tiba di KLIA pada 6.10 pagi (waktu Malaysia) Jumaat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment