Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Friday, July 11, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR, 11 JULAI 2014: Pelakon dan penyanyi, Maya Karin akui tidak gemar sikap manusia yang suka membazir di bulan Ramadan iaitu ketika waktu berbuka puasa.

Malah, Maya Karin berkata dia sendiri menentang tawaran buffet di hotel-hotel yang menawarkan dengan harga yang sangat mahal.

“Kadang-kadang manusia seronok dan terlalu hendak meraikan bulan Ramadan, jadi mereka sanggup berhabis duit untuk ke hotel yang menawarkan makanan mewah dan banyak dengan harga buffet yang sangat mahal.

“Manusia akan ada sikap membazir dan tamak kerana bila mereka tempah buffet yang mahal mereka akan membaloikan harga tu dan makan sampai seperti esok tak ada pula.

“Pada saya bila jadi macam ini, ianya sudah bertentang dengan falsafah berpuasa itu sendiri kerana rasanya tak semestinya bila kita dah berpuasa seharian, kita boleh berbuka dengan begitu banyak sekali,” katanya kepada murai.com.my

Maya ditemui ketika Majlis Berbuka Puasa Astro di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur kelmarin.

Apabila ditanya bagaimana pula cara Maya berbuka puasa bila di rumah, dia memberitahu dia lebih suka berbuka puasa dengan makanan yang ringkas dan paling penting haruslah bersama air yang sejuk.

“Saya suka berbuka puasa yang ringkas sahaja, seperti makan roti atau lauk yang pedas seperti sambal atau makan sahaja apa yang ada lebihan dari sahur pagi tadi.

“Tapi yang penting setiap kali berbuka air sejuk mesti ada, kalau tak ada bandung ais pun yang penting mesti ada ais,” ceritanya lagi.

Mengenai perkembangan lain, Maya kini muncul dengan lagu raya berjudul Pulang yang dicipta oleh Omar K. ─ Murai.com.my

0 comments:

Post a Comment