RIO DE JANEIRO: Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) menyenaraikan Lionel Messi dan Neymar dalam 10 pemain yang dicalonkan sebagai pemain terbaik Piala Dunia.
Tujuh daripada 10 calon bagi merebut Bola Emas itu adalah dari skuad Argentina dan Jerman.
Messi dicalonkan bersama rakan sepasukan, Angel Di Maria dan Javier Mascherano.
Jerman pula mempunyai empat calon iaitu Mats Hummels, Toni Kroos, Philipp Lahm dan Thomas Mueller.
Neymar adalah calon tunggal dari Brazil yang disenaraikan oleh kumpulan pengkaji teknikal FIFA membabitkan analisis kejurulatihan.
Arjen Robben dari Belanda dan James Rodriquez dari Colombia yang menjaringkan enam gol melengkapkan senarai.
Pemenang akan diumumkan selepas perlawanan final nanti. - AP
0 comments:
Post a Comment