Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, January 22, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR – Seorang pengerusi syarikat mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini Rabu terhadap dua pertuduhan pecah amanah wang syarikat membabitkan jumlah lebih RM300,000 antara 2011 hingga 2013.

Yong Chee Keen, 38, didakwa melakukan pecah amanah wang Syarikat Savana Condominium Bukit Jalil JMB membabitkan wang berjumlah RM319,550 di syarikat itu di AG-01, No. 5, Jalan 1/155A, Bukit Jalil, Cheras di sini antara 24 Nov 2011 hingga 7 Mac 2013.

Dia didakwa mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebat dan denda, jika sabit kesalahan.

Hakim Murtazadi Amran membenarkan tertuduh diikat jamin RM50,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 21 Feb untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haderiah Siri manakala tertuduh diwakili peguam C.W. Chan. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment