PETALING JAYA – Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan pasukan dari Wisma Putra akan berlepas ke Ukraine malam Ahad.
“Datuk Sri Anifah Hj Aman akan bertemu Presiden Ukraine, Naib Presiden Ukraine dan Menteri Luar Ukraine esok (Isnin) mengenai MH17,” kata setiausaha akhbar Datin Nirvana Jalil Ghani dalam satu kenyataan.
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai telah berlepas ke Kiev pada Sabtu.
MH17 hilang dari skrin radar di timur Ukraine pada hari Khamis, beberapa jam selepas berlepas dari lapangan terbang Schiphol Amsterdam ke Kuala Lumpur.
Pesawat Boeing 777 dipercayai telah ditembak jatuh 50km dari sempadan Ukraine-Rusia.
Semua 298 penumpang dan anak kapal, termasuk 44 rakyat Malaysia, dipercayai telah terkorban. - BERNAMA
0 comments:
Post a Comment