Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 6, 2014

No Comment

MIGORI COUNTY - KENYA. Gara-gara hanya kerana Piala Dunia 2014, dua penyokong bola sepak Kenya mati ditikam selepas bertengkar sesama sendiri.

Insiden berlaku ketika dua sahabat itu menonton perlawanan suku akhir antara Brazil dan Colombia, awal pagi semalam.

Pada mulanya, kedua-duanya dilihat saling bertikam lidah ketika menonton perlawanan bola sepak di televisyen di sebuah bar di bandar Awendo.

Pertengkaran itu akhirnya berakhir dengan pergelutan sejurus Brazil menjaringkan gol pertama, lapor The Counties.

Menurut pengurus bar, Abel Odondi, sebaik pergelutan tercetus, mereka diarah keluar oleh pengawal keselamatan bar sebelum dimaklumkan salah seorangnya terbunuh ketika bergaduh di luar kelab malam itu.

“Ketika itu bar dipenuhi penyokong bola sepak yang sedang menonton perlawanan Piala Dunia.

"Mereka diarah keluar kemudian kami dimaklumkan salah seorang yang bertengkar itu meninggal dunia,” katanya.

Laporan itu dipetik, mangsa pertama yang dikenali Maurice Otieno terbunuh selepas ditikam rakannya sendiri.

Manakala rakannya pula dibelasah penyokong lain yang berang dengan tindakannya dan kemudian turut meninggal dunia, selang beberapa jam selepas itu.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Awendo, Kipsang Changach berkata, selepas membunuh Otieno, mangsa kedua dikenali Johnston Okum melarikan diri.

Okum kemudiannya ditemui mati di tempat menunggu bas di bandar berkenaan.

Bagaimanapun, Changach berkata, motif sebenar pembunuhan itu masih dalam siasatan pihaknya, sambil memaklumkan terdapat sekurang-kurangnya tiga kumpulan cuba menimbulkan huru-hara dan bergaduh di bar ketika menyaksikan perlawanan itu, dipercayai berpunca daripada perbezaan pendapat. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment