Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 6, 2014

No Comment

KUALA LUMPUR - Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, semalam, bagi menolak tohmahan mengatakan ada ahli pertubuhan berkenaan menganggotai kumpulan militan di negara ini.

Ia susulan dakwaan sebuah laman sosial Facebook milik ‘Legasi Kongsi Gelap Melayu’ yang mengatakan ada ahli Pekida yang ber'baiah’ dengan kumpulan militan yang berada di rantau ini dan sedang merancang untuk membunuh Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar serta anggota polis yang lain.

Ketua Penerangan Pekida, Syahril Abdul Aziz berkata, ini adalah satu fitnah besar kepada seluruh anggota persatuan terbabit.

“Apabila kita sebut baiah, ia mesti berkait dengan Pekida. Perkara itu jelas tidak benar sama sekali,” katanya kepada media ketika ditemui media di IPD tersebut.

Beliau kesal dengan fitnah tersebut dan menafikan dakwaan adanya penglibatan ahli persatuan tersebut dengan kumpulan militan.

Syahril juga mengesahkan, lima lelaki yang menjadi buruan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana terbabit dengan kegiatan militan bukan ahli Pekida.

“Sekiranya ada anggota Pekida yang menyertai kumpulan militan, kami akan mencari individu tersebut dan menyerahkannya kepada PDRM,” katanya.

Beliau meminta Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk menyiasat perkara ini serta meminta polis mengesan pemilik Facebook berkenaan secepat mungkin. ─ Sinar Online

0 comments:

Post a Comment