Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 6, 2014

No Comment
Jorge Luis Pinto
SALVADOR: Jurulatih Costa Rica, Jorge Luis Pinto akur pasukannya kecewa namun kekalahan kepada Belanda dalam saingan suku akhir, awal pagi tadi tidak sama sekali mencalar maruah mereka. 

“Kami kecewa tapi gembira. Apabila kami hadir di Brazil ramai tidak yakin kemampuan kami tapi dalam Piala Dunia kali ini kami sudah membutikan sesuatu,” kata Pinto seperti dilaporkan dalam FIFA.com. 

Costa Rica juga boleh berbangga kerana mereka tidak tewas dalam lima perlawanan untuk tempoh 90 minit perlawanan, malah mereka mengheret Belanda ke masa tambahan sebelum tewas dalam penentuan sepakan penalti 4-3. 

“Saya fikir kami mengimbangi cabaran Belanda hari ini. Kami sudah menunjukkan kemajuan dan masih boleh meningkatkan tahap permainan kami. 

“Kami juga ada taktik yang baik dan bermain bola sepak menandingi pasukan gergasi lain,” katanya merujuk kepada kejayaan menewaskan Uruguay 3-1 dan Itali 1-0 dalam saingan peringkat kumpulan. - Agensi

0 comments:

Post a Comment