Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 14, 2014

No Comment
James Rodriguez

RIO DE JANEIRO: Penyerang Colombia, James Rodriguez mendapat sedikit penawar duka apabila memenangi anugerah Penjaring Terbanyak Piala Dunia 2014 dengan himpunan enam gol. 

Biarpun negaranya terkandas di peringkat suku akhir, rekod jaringan pemain berusia 23 tahun itu tidak dipintas mana-mana pemain lain.

Antara enam gol dijaringkan itu paling menarik adalah hasil tampanan dada ketika pasukannya menentang Uruguay. Penyerang kelab Monaco itu, ketika menggantikan rakannya yang tercedera, Radamel Falcao turut berjaya meledak satu gol ketika pasukannya tewas kepada Brazil, 1-2 pada aksi suku akhir lalu. 


Dua gol iaitu jaringan terbanyak penyerang berkenaan dalam perlawanan adalah ketika menentang Uruguay pada saingan 16 pasukan dan masing-masing satu gol di perlawanan peringkat kumpulan menentang Ivory Coast, Greece dan Jepun. 

  Penyerang Jerman, Thomas Mueller pula berada di tempat kedua dengan lima gol. 
  Penyerang Argentina, Lionel Messi, bintang Brazil, Neymar Brazil serta penyerang Belanda, Robin van Persie, berkongsi jaringan di tempat ketiga dengan empat gol. - Agensi. 

0 comments:

Post a Comment