Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 10, 2014

No Comment

GUA MUSANG – Seorang anggota polis maut, empat cedera, manakala tiga lagi terselamat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 10, Jalan Gua Musang-Kuala Krai, kira-kira jam 3.45 petang kelmarin.

Mangsa yang juga pemandu kereta polis terbabit, Sarjan Sharudin Mohd Shah, 54, dari Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang meninggal dunia di Hospital Gua Musang (HGM), jam 7.15 petang kerana mengalami kecederaan dalaman.

Empat lagi yang cedera menerima rawatan di hospital sama ialah pemandu kenderaan jenis Wolkswagen Passat, Nik Mohd Fareez Nik Ahmad Azman, 27; penumpang, Mohd Zaki Ramli, 31; Che Mohd Faizul Che Abdullah, 29, dan Mohd Nuhairi Mat Jusoh, 30.

Tiga sekeluarga dari Taman Wangi Gua Musang yang terselamat ialah pemandu kenderaan jenis Perodua Myvi, Razlan Mohamad, 37; isterinya, Roziani Md Razali, 30, dan adik lelakinya, Syakiran Md Razaki, 22.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Saiful Bahri Abdullah berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan ke Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Paloh, untuk urusan rasmi.

Menurutnya, semasa dalam perjalanan itu, kenderaan Proton Preve milik Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dipandu mangsa dipercayai hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan dua kereta yang menghala ke Gua Musang.

“Kereta mangsa dan Wolkswagen Passat remuk teruk, manakala Perodua Myvi hanya mengalami kerosakan kecil,” katanya.

Saiful Bahri berkata, Allahyarham Sharudin berkhidmat sejak 1979 sebelum ditempatkan di Cawangan Jenayah IPD Gua Musang, meninggalkan seorang balu dan empat anak, masing-masing dua lelaki dan dua perempuan.

“Mayat mangsa dibedah siasat di HGM, sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Batu 11 Ketereh, Kota Bharu, petang semalam,” katanya. – Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment