Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 17, 2014

No Comment
Foto - Reuters

ABUJA: Presiden Nigeria, Goodluck Jonathan hari ini mengemukan usul memohon kelulusan Parlimen untuk meminjam lebih AS$1 bilion (RM3.1 bilion) daripada dana asing untuk memerangi kumpulan pemberontak Boko Haram yang keganasannya sudah meragut ribuan nyawa sejak lima tahun lalu. 

Dalam surat permohonan yang berasingan di dewan negara, Jonathan berkata, terdapat kesegeraan untuk meningkatkan peralatan, latihan dan logistik bagi angkatan tentera dan polis dalam memerangi ancaman serius berkenaan.

Katanya, keganasan dan ancaman berterusan yang dilakukan kumpulan Islam Boko Haram, negara itu perlu membuat pinjaman asing sehingga AS1 bilion. 

Tarikh untuk perdebatan usul presiden itu belum lagi ditetapkan dan tiada petanda di mana Nigeria akan meminjam dana berkenaan. 

Pada Februari lalu, Gabenor Negeri Borno, Kashim Shettima berkata, Boko Haram mempunyai kelengkapan senjata yang lebih baik dan bermotivasi tinggi berbanding tentera kerajaan. 

Namun kenyataan Kashim berkenaan dinafikan tentera kerajaan. 

Borno yang terletak di utara masih lagi diletakkan dalam perintah darurat selain negeri jirannya, Yobe dan Adamawa sejak Mei tahun lalu berikutan ancaman kumpulan pemberontak berkenaan. 
Tiga bulan lalu, Boko Haram melarikan 276 pelajar perempuan dari sebuah sekolah menengah di Pekan Chibok, Borno sebelum 57 berjaya melarikan diri manakala 219 masih hilang. - AFP 

0 comments:

Post a Comment