Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 6, 2014

No Comment

PARIT BUNTAR – Bau asap yang pada mulanya disangka berpunca daripada air dijerang atas dapur rupa-rupanya datang dari bilik tidur yang sedang terbakar.

Kejadian awal pagi semalam di Lorong Kiambang 3, Taman Kerian, di sini itu memusnahkan rumah teres didiami empat beranak.

Pemilik rumah, Ali Bakar, 57, berkata, ketika insiden pada jam 5 pagi tersebut, dia sedang menonton siaran langsung perlawanan bola sepak Piala Dunia bersama anak lelakinya di ruang tamu.

Menurutnya, dia terhidu bau asap yang kuat dan menyangka isterinya, Azizah Awang Khamis, 54, sedang memasak air di dapur.

“Saya segera jengah bilik tidur ketiga dan terkejut lihat api sedang marak di bilik itu.

“Tanpa melengahkan masa, saya suruh isteri dan dua anak keluar dari bilik masing-masing dan keluar dari rumah. Saya juga kejutkan jiran-jiran untuk maklumkan kebakaran itu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Ali berkata, dia segera menghubungi bomba dan cuba mengawal api daripada merebak dengan bantuan jiran-jirannya.

Menurutnya, kebakaran itu menyebabkan bahagian dapur dan bilik belakang rumahnya musnah, termasuk kelengkapan dan pakaian seragam polis miliknya.

“Mujurlah isteri yang sedang menyediakan juadah sahur dan anak-anak sempat lari, jika tidak saya tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada mereka.

“Kejadian ini menyebabkan kami sekeluarga kerugian lebih RM10,000,” katanya.

Sementara itu, Azizah berkata, dia tidak menyedari bau kepulan asap ketika sedang sibuk menyediakan juadah sahur.

“Saya hanya tersedar setelah suami jerit suruh kami semua beredar dari rumah.

“Meskipun semua ahli keluarga selamat, kami sekeluarga buntu untuk menghadapi kedatangan Syawal kerana kini tiada tempat berteduh sementara,” katanya.

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Parit Buntar, Abdul Halim Mansor berkata, pihaknya menerima panggilan pada jam 5.14 pagi dan tiba di lokasi kejadian pada jam 5.30 pagi.

Menurutnya, dengan kekuatan sebuah jentera bomba 26 minit diambil untuk memadamkan sepenuhnya kebakaran rumah mangsa.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kami dapati kebakaran sudah capai tahap 50 peratus dan memusnahkan dapur, bilik air dan bilik tidur belakang.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan dan pihak kami menganggarkan kerugian dialami tuan rumah melebihi RM50,000,” katanya. - Sinar Harian Online

0 comments:

Post a Comment