Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 24, 2014

No Comment

PUTRAJAYA – Sampel DNA daripada 45 keluarga sudah diambil manakala dua lagi keluarga masih dalam proses pengumpulan data.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr S Subramaniam berkata pihaknya dimaklumkan oleh pihak Penerbangan Malaysia (MAS) bawah terdapat 43 mangsa nahas MH17 yang mempunyai pertalian keluarga di Malaysia.

“Namun terdapat mangsa yang menetap di luar negara tetapi mempunyai pertalian keluarga di Malaysia menjadikan jumlah keluarga yang akan dijalankan pengumpulan data ante mortem DVI dan sampel DNA adalah seramai 47,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.

Subramaniam berkata, sampel DNA yang diambil adalah daripada ahli keluarga yang mempunyai pertalian darah kepada mangsa seperti ibu, bapa, anak atau adik beradik kepada mangsa.

“Bagi tujuan perkhidmatan rawatan perubatan, pasukan dari Hospital Serdang dan Hospital Putrajaya diaktifkan untuk memberikan rawatan kepada ahli keluarga mangsa sekiranya diperlukan,” katanya. – BH Online

0 comments:

Post a Comment