RATU skuasy negara, Datuk Nicol Ann David ketika beraksi menentang pemain New Zealand, Craig Megan pada pusingan kedua skuasy perseorangan di Sukan Komanwel kali ke-20 di Glasgow. Nicol memenangi perlawanan dengan 11-7, 11-6 dan 11-5. - Foto Rosli Ahmad
GLASGOW: Pilihan pertama, Nicol David dan Laura Massaro masing-masing berjaya mara ke suku akhir acara skuasy Sukan Komanwel, semalam tetapi dengan cara berbeza.
Sambil Nicol tidak banyak memerah keringat ketika menewaskan Megan Craig dari New Zealand 11-7, 11-6, 11-5 cabaran mencengkam Massaro yang mendapati lawan dari Guyana, Nicolette Fernandes begitu liat.
Massaro menang 11-7, 7-11, 11-4, 15-13 tetapi akur lawannya memberi saingan sengit.
“Memang sukar bagi saya hari ini,” kata Massaro yang akan bertemu pemain Malaysia, Low Wee Wern.
Nicol akan menentang pemain England, Jenny Duncalf dalam suku akhir, hari ini dan dia terasa seperti beraksi di laman sendiri di Glasgow.
“Anda meningkat pada setiap perlawanan di kejohanan ini. Saya rasa selesa ketika ini dan saingan suku akhir nanti pasti hebat. Saya mahu meningkatkan permainan saya ke tahap lebih tinggi nanti,” katanya.
Turut mara ke suku akhir adalah pemain New Zealand, Joelle King selepas mengatasi pemain India, Joshana Chinappa. - AFP, Berita Harian
0 comments:
Post a Comment