Kuala Lumpur: “Perniagaan pusat jagaan kanak-kanak milik saya hampir bangkrap berikutan tindakan individu menyebarkan fitnah kononnya kami mendera anak pelanggan dengan membalut tubuh mereka seperti mumia,” kata pengusaha taska yang hanya mahu dikenali sebagai Razman, 45.
Menurutnya, individu terbabit turut memuat naik gambar melalui laman sosial Facebook mendakwa pengasuh di taska miliknya sengaja menulis perkataan babi pada lampin dipakai kanak-kanak jagaan mereka.
“Saya seolah-olah menjadi mangsa buli media sosial berikutan dakwaan itu tidak berasas dan sengaja disebarkan bekas pelanggannya susulan salah faham berlaku sebelum ini.
“Pelanggan itu pernah menghantar anaknya ke sini, namun tidak berpuas hati terhadap beberapa perkara. Dia menyebarkan maklumat tidak benar sekaligus meraih simpati ramai,” katanya.
Menurutnya, kecaman tidak berasas itu yang ditokok tambah mendakwa pengasuh taska membalut keseluruhan anaknya dengan kain dan hanya menampakkan mata dan rambut. - myMetro
0 comments:
Post a Comment