Jitra : Baru dua bulan berkenalan, seorang janda anak
satu sudah berani mengikut teman lelakinya, penjual permaidani warga
Pakistan ke bilik motel.
Perbuatan wanita itu yang masih dalam tempoh edah selepas bercerai
dengan suami sebulan lalu, bagaimanapun berjaya dihidu pihak berkuasa
yang menyerbu motel di sebuah kawasan perumahan itu, jam 5.10 petang
kelmarin.
Janda berusia 23 tahun terbabit yang dalam keadaan bogel ketika serbuan, kemudian dibawa bersama pasangannya itu ke Balai Polis Jitra sebelum ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk siasatan lanjut.
Janda berusia 23 tahun terbabit yang dalam keadaan bogel ketika serbuan, kemudian dibawa bersama pasangannya itu ke Balai Polis Jitra sebelum ke Pejabat Agama Daerah Kubang Pasu (PADKP) untuk siasatan lanjut.
Penjual permaidani itu tinggal di negara ini bersama bapanya yang berkahwin dengan wanita tempatan sejak empat tahun lalu.
Jurucakap PADKP berkata, ketika serbuan, bilik motel berkunci dari dalam
sebelum dibuka lelaki Pakistan berseluar panjang tanpa baju dan
pemeriksaan kemudian menemui seorang wanita menyorok di belakang pintu
dengan hanya berselimut tanpa seurat benang.
“Hasil soal siasat mendapati pasangan itu bukan mahram atau suami
isteri. Mereka memberi alasan terpaksa membuka pakaian dan berbogel
dalam bilik itu kononnya panas, sedangkan sebenarnya ketika itu hujan
baru berhenti,” katanya, di sini semalam. – Mummy Nemo
0 comments:
Post a Comment