Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, August 8, 2012

No Comment

Wanita Ini Suka Makan Batu
Virginia : Ibu kepada 2 anak ini, telah mula memakan batu sejak lebih 20 tahun yang lalu. Teresa Widener, 45 tahun menderita gejala penyakit Pica, iaitu gangguan emosi yang menyebabkan beliau mempunyai nafsu makan terhadap benda-benda pelik seperti batu, sabun, besi dan sebagaiya. Sehingga kini kira-kira 1360.78 kg batu yang telah dimakanya selama 20 tahun menyamai berat seeokor ikan paus normal!
Wanita Ini Suka Makan Batu
Teresa dan Anaknya Kelsey Bayne,22 tahun menikmati makanan kegemaran meraka. Kelsea memilih untuk memakan gula-gula kapas manakala Teresa lebih gemar memilih menu batu-batuan
Teresa mula menyedari nafsu makan pelik beliau itu ketika sebuah gelas kaca terhempas, dan beliau merasa sangat berselera apabila melihat serpihan kaca-kaca tersebut. Sejurus selepas itu Teresa mula memakan benda-benda pelik dan mendapati memakan batu adalah yang paling sedap sekali. Katanya lagi
Wanita Ini Suka Makan Batu
” Batu adalah hidangan yang paling sedap buat masa ini, dalam seminggu sy makan hampir 1.3 kg batu. Namun begitu kuantiti batu yang dimakan bergantung pada mood saya. Saya akan merasa sangat selesa jika dapat makan batu, saya akan merasa gusar dan susah hati jika tiada batu di rumah saya untuk dimakan ”
Wanita Ini Suka Makan Batu
Setiap petang beliau akan berjalan-jalan sambil mencari batu untuk dimakan, katanya, Teresa hanya memilih batu yang lembut dan rapuh untuk dimakan. Beliau menjadi bertambah berselera jika batu-batu yang dikutipnya itu bewarna-warni. Beliau pernah memakan lumpur disebabkan tiada batu yang dijumpai pada ketika itu.
Wanita Ini Suka Makan Batu
Kadangkala beliau mengunyah batu-batu kecil seperti mengunyah chewing gum. Namun begitu kehadiran teman lelaki (kini telah menjadi suami) di dalam hidupnya telah merubah segala-galanya. Beliau kini sedang menjalani rawatan psikologi bagi mengubati penyakit yang dialami.
” Jim buat saya rasa gembira dan tidak sunyi lagi, jadi saya sedang berkira-kira untuk menghentikan memakan batu”
Teresa mengaku tidak pernah jatuh sakit kerana memakan batu, namun begitu beliau amat jarang membuang air besar dan selalu merasa sakit di bahagian perutnya. – Giler Kentang!

0 comments:

Post a Comment