KUALA
LUMPUR 17 Mei - Pelakon Fasha Sandha melahirkan rasa kecewa dan sedih
apabila berita kegembiraan kehamilannya dipertikaikan beberapa pihak
termasuk mendakwa dia telah berkahwin di luar negara sebelum ini.
Fasha,
28, yang mengesahkan dia 'bunting pelamin' baru-baru ini memberitahu,
dia dan suami, Rizal Ashram Ramli tidak teragak-agak untuk mengambil
tindakan undang-undang terhadap mereka yang terus menyebarkan fitnah ke
atasnya.
"Tak
mungkin kami nak membazir duit buat majlis sebesar itu. Habis tetamu
yang hadir dan saksi majlis akad nikah itu siapa? Apa? Ingat kami
suka-suka nak berlakon begitu?
"Cubalah fikir cara logik. Pernikahan bukan boleh dibuat main-main. Janganlah suka-suka nak buat cerita yang bukan-bukan.
"Mereka
faham tak apa itu bunting pelamin? Saya tidak mahu memberi sebarang
komen berkaitan dakwaan yang tidak masuk akal itu," katanya tegas ketika
dihubungi Utusan Malaysiadi sini hari ini.
0 comments:
Post a Comment