Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, May 16, 2012

2 comments





Khas untuk litar sahaja


Ferrari 599XX ialah kereta lumba Ferrari 599 GTB Fiorano versi litar. Kereta ini hanya boleh digunakan diatas litar dan menjadi pentas ujian teknologi terkini Ferrari untuk mengadaptasi teknologi F1 keatas kereta keluaran mereka. Hanya sebanyak 30 599XX akan dibina dan anda hanya boleh membelinya jika mendapat jemputan khas dari Ferrari. Kos kereta yang mula dikeluarkan pada tahun 2010 ini ialah USD150 000 dengan yuran program khas Ferrari sebanyak USD 1.5 juta. Dengan meyertai program khas ini, pemilik 599XX akan dijemput menghadiri beberpa perlumbaan khas yang membabitkan hanya kereta 599XX yang lain. Ini sehampir yang boleh kepada pemilik Ferrari biasa untuk mendapat pengalaman seperti seorang pelumba professional.


Ferrrari 599XX diperkasakan dengan enjin V-12 720 kuasa kuda dengan kelajuan maksimum melebihi 300 kilometer sejam. Ia juga dilengkapi dengan roll cage, sistem brek gentian karbon dan sistem Actiflow yang mengubah kekuatan Down Force secara automatik. Nice car tapi ingat anda tak boleh menggunakan kereta ini diatas jalan raya biasa. Kena sign kontrak dengan Ferrari!








Laporan asal Car and Driver

2 comments:

  1. paiseh laaa....leh kata menyerupai gaya dodge viper ...

    ReplyDelete
  2. ferrari 599xx n ferrari fxx gempak siot...!!!

    ReplyDelete