Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 5, 2012

No Comment

11 Beranak Miskin Alas Perut Dengan Air Paip
11 Beranak Miskin Alas Perut Dengan Air Paip - GEORGE TOWN : Seorang ibu terpaksa menahan air mata saban hari apabila melihat anak-anaknya meminum air paip untuk menghilangkan dahaga dan lapar sejak seminggu lalu ekoran kemiskinan hidup.
Itulah yang dialami Razimah Rahman, 39, bersama sembilan anaknya setelah suami, Mohd. Anuar Ahmad, 43, tidak lagi dapat bekerja sebagai pengawal keselamatan selepas menjalani pembedahan usus Januari lalu.
Menurut Razimah, tujuh daripada sembilan anak berusia antara lapan bulan hingga 22 tahun masih belajar di sekolah rendah dan dia pula tidak dapat keluar bekerja kerana tiada sesiapa yang menjaga anak-anaknya.
Jelasnya, dia hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM450 sebulan bagi menampung hidup mereka 11 beranak.
“Sejak suami sakit, kami hidup susah. Sedih melihat anak-anak minum air paip sebab tiada wang untuk beli makanan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) Taman Manggis di sini semalam. – Kosmo

0 comments:

Post a Comment