Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, December 5, 2012

One Comment

Amah Diminta Jauhi Malaysia
Amah Diminta Jauhi Malaysia - KUALA LUMPUR : Pembantu rumah Indonesia perlu mengelak daripada bekerja di Malaysia, kata Kedutaan Indonesia di sini semalam sebagaimana dipetik daripada laporan agensi berita asing AFP.
Ia berikutan skandal terbaharu yang menyaksikan 105 wanita asing dikurung dan dipaksa bekerja tanpa dibayar gaji di Klang, Selangor baru-baru ini.
Kes terbaharu pada Sabtu lepas itu susulan serbuan oleh pihak berkuasa menunjukkan amah Indonesia masih berdepan risiko terutamanya mereka yang memasuki Malaysia secara haram berbanding saluran sah.
“Pihak berkuasa Malaysia perlu mengambil tindakan keras. Adalah lebih baik untuk pembantu rumah Indonesia tidak bekerja di Malaysia.
“Mereka (Malaysia) meminta pembantu rumah Indonesia tetapi mereka tidak dapat melindungi golongan tersebut dengan baik, kata jurucakap berkenaan, Suryana Sastradiredja. – Kosmo

1 comments:

  1. takkan tokey2 melayu yg buat?.....ambil le tindakan yg keras terhadap tokey2 yg buat buruh paksa tuh....takkan lepas dan senyap jek

    ReplyDelete