Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 11, 2012

11 comments
Abby Persoal Motif Ke Gaza...Nak Melawat? Nak Kibar Bendera? Nak Jalan-Jalan?


Kita semua tahu artis-artis seperti Afdlin Shauki, Zain Saidin, Bront Palarae, Heliza Helmi, Chef Wan dan ramai lagi sedang berada di Gaza untuk memberikan sokongan moral dan menghulurkan bantuan kepada saudara Islam di sana.
Kiranya, mereka sebelum ini berusaha dalam mencari dana untuk disumbangkan kepada negara yang sering dilanda kekejaman Israel.
Artis wanita seperti Irma Hasmie, Yatt Hamzah, Salima AF, Faizal Tahir dan ramai lagi sebelum ini juga telah berusaha mengumpulkan sumbangan berbentuk wang untuk rakyat-rakyat Palestin.
Tetapi entah kenapa pelakon dan sekarang aktivis politik, Abby Abadi seolah-olah macam mempersoalkan pula niat mereka ini.
Lihatlah saja apa yang dia tulis dalam laman twitternya.
Malah Abby sebelum ini juga pernah mempersoalkan ke Gaza kalau masih menyokong UMNO.
Begini sajalah, Abby mempunyai hak untuk bersuara dan memberikan sebarang pendapat tentang sesetengah perkara.
Namun rasanya tidak eloklah mengaitkan pemergian artis Malaysia, atau sesiapa saja,  ke Gaza dengan politik.
Afdlin, sebagai contoh, memang dia ahli UMNO tetapi takdelah sampai dia membawa ideologi dia tu ke Gaza.
Takdelah Afdlin tu berceramah sana sini supaya orang Gaza doakan kemenangan UMNO, sekeping bendera UMNO pun dia tak bawa!
Kita faham kalau Abby tak pergi ke Gaza kerana mungkin dia ada urusan yang lebih penting di sini tapi tak payahlah kot berfikir negatif kalau orang atau artis yang lainpergi ke sana.
Buangkanlah perasaan negatif yang bersarang di minda hanya kerana perbezaan pendapat dalam politik kerana akhirnya kita semua sebangsa dan seagama juga.
Begini sajalah, Abby boleh terus berjuang dalam Pas, dan artis lain pun boleh berjuang mengikut pemahaman mereka masing-masing.
Siapalah kita untuk mempersoalkan niat orang.
Kalau betul mereka ini ke Gaza dengan niat yang ikhlas, tak pasal-pasal pula kita berdosa kerana berfikir sebaliknya.
Ingat, satu jari kita hala ke orang lain, empat jari lagi sebenarnya, sama ada kita sedar atau tidak, HALA PADA DIRI KITA SENDIRI!
Wallahualam.
Abby Persoal Motif Ke Gaza
Abby Persoal Motif Ke Gaza
Abby Persoal Motif Ke Gaza
Oleh: SORAYA IMAN

11 comments:

  1. mohd firdaus,, ala biasala org mula2 jadi baik mcm mcm tu... diam je la ape katanya.... jgn dok hina org ikut yahudi, tak baik.... yahudi tu kaum yang di laknat.. jadi shuuttttt... dh la.. hehehe..

    ReplyDelete
  2. kat malaysia pun bnyk org susah nape x tlg yg kat sini dulu...

    ReplyDelete
  3. adoi... kat sini da ada zakat...mampuih laa duk bg duit bulan2 duk saja2 kat umah, pandai2 laa cr kerja, ekonomi stabil kat sini..kat sana xstabil, duk perang2 abeh jatuh ekonomi..sbb tu perlu bnyk bantuan..piece yo

    ReplyDelete
  4. Hah!! Orang PAS pun pegi gak kat Gaza tapi siap tunjuk bendera PAS lagi..amacam?? Nak suruh org sana masuk PAS gak ke? Itulah pandai sgt kata org lain buat semua salah (sebab dah memang hati tu hitam dan nampak salah orang je)..yg PAS buat tu tak salah gak ke? Bila puak PAS sendiri yg buat apa pun dan fitnah apa pun semua tak salah...yang haram pun boleh jadi halal.

    ReplyDelete
  5. memang betul cakap kak abby... bila pergi nak tunjuk satu malaysia kat tv. apa diorang wat gi sana? Berperang pakai
    senjata dengan israel ke? kau orang nih bodoh tak faham maksud ayat abby tuh.... tu hak dia nak persoalan kan...

    ReplyDelete
  6. Iyelah Anon 1.41am..kau yg pandai. Kalau diri sendiri yg bodoh jgnlah anggap semua org bodoh mcm awak jugak....bodoh tak boleh diajar. Pegilah jilat bontot abby tu mcm mana dia dok jilat bontot pemimpin PAS, DAP dan PKR skrng....harap2 dpt bertanding PRU nanti. Baru 2.3 hari pakai tudung takde keje lain dok mencaci org...artis lain ramai gak yg dah bertudung tapi taklah meroyan gila talak mcm dia ni. Inilah kot ajaran Islam yg dibawa PAS.

    ReplyDelete
  7. GUA PON PELIK APE MEREKA BUAT DI SANA...RASE XPERLO PON HANTAR ARTIS KE SANA...ORG BIASA PON LEH BUAT..KALO FIKIRKAN HANTAR ARTIS TU LEH STOP PERANG DGN YAHUDI KE?? OMG!!! LA KALO DPT STOP THE WAR..MMG BTOL ABBY CKP..PEGI SANA AMIK GMBAR TMPT KNE BOM..KIBAR BNDERA..TUNJUK KITE BG HADIAH/BANTUAN...THIS IS JUST PUBLISITI..SO MANE IMPAK NYA PD MASALAH SKRG..NONSENSE...

    ReplyDelete
  8. GAZA SKRG MGHADAPI PERANG DGN BANGSA YG KEJAM..DAN MISI MERAKA MENGHAPUSKAN ISLAM...JD SY TNYA PADA ANDA ILMUWAN SEMUA...APEKAH PERGI SANA AMIK GMBR TMPT KENE BOM..TMPT HOTEL..BERMESRA DGN MSYKT PALESTIN...ADAKAH ITU BANTUAN YG DIPERLUKAN PALESTIN??? DUNIA SKRG MEMMERLUKAN ORG SPT SALAHUDDIN AL-AYUBI..SULTAN FATEH...DAN SEUMPAMANYA BKN ORG2 PEGI SANE AMIK GMBR BG BANTUAN...BERMESRA2 DI SANA..PASTU BALIK...IS IT WAR HAS STOPPED?? THINK LA MUSLIM..

    ReplyDelete
  9. orang yang mengutuk lagi x brguna dari org yg pergi sane kerana sekurang-kurangnya mereka ade usahe untuk tunjuk prihatin (even ade sesetengah mereka hanye nk publisiti mungkin).. harus ingat, yg pergi bukan askar, klau pergi sane baling batu pastu kena bom x ke sia-sia? pikir la anonymous..klau sekadar cakap2 online mcm kite ni x jadi ape..nk tgu kena kat btg hidung sendiri baru nk nyesal? jg biar politik butekn mate walaupn niat x menghalalkan cara..

    ReplyDelete
  10. dorg semua pergi sana untuk beri sokongan moral . bagi semangat untuk org2 palestin semua dan menunjukkan yang mereka masih ada saudara2 seislam yang prihatin dgn nasib dorg . nak ckp artis je yg pergi . abis yg beratus2 lagi tu bukan org biasa ? apa mslahnya klau dorg bermesra dgn masyarakat palestin ? klau nak buat muka , prangai sombong riak baik tak payah pergi mcam tu . pergilah bukak facebook heliza dgn afdlin . baca pengalaman dorg . org2 palestin sgt2 suka dorg dtg sana . kanak2 dkat sana klau boleh tak nak afdlin tinggalkan dorg semua . wlaupun dorg pergi bukan untuk berperang sama2 , tetap org palestin pggil dorg "hero" mereka smua .
    akhir sekali jgn kerana politik , mata hati buta . sekurang2nya dorg semua berkorban pergi sana . tak tahu sekali pergi nta balik lagi ke tidak . abby abadi memberikan alasan yg dia tak boleh pergi ke gaza kerana ada tggungjawab berkorban jaga mak dan ank2 . tetapi afdlin ada isteri dan anak2 , ada artis yg tggalkan suami . mereka tinggalkan org2 yg mereka syg untuk berkorban ke gaza . sekali lagi sbab , sekali dorg semua pergi sana , tiada siapa tahu mereka akan pulang dgn selamat atau tidak .

    ReplyDelete
  11. mohd firdhaus ni melebih plak
    kau ni dtg bulan ke?
    haha

    ReplyDelete