Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, January 5, 2014

No Comment

TEL AVIV – Keadaan bekas Perdana Menteri Israel, Ariel Sharon semakin merosot, lapor media Israel yang memetik kenyataan ketua sebuah hospital kelmarin.

Ketua Hospital Tel Hashomer Sheba, Zeev Rotstein berkata, Sharon, 85, yang koma selama lapan tahun kini semakin tenat.

Ditanya sama ada Sharon di ambang maut, Rotstein dipetik sebagai memberitahu: “Secara peribadi saya bersetuju dengan pendapat tersebut.”

Pihak hospital berkenaan menyatakan pada Khamis lalu bahawa Sharon berada dalam keadaan kritikal selepas ginjalnya dan beberapa organ lain semakin tidak berfungsi.

Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu berada dalam keadaan koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.

Beliau yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006.

Sharon yang terkenal kerana kekejamannya dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.

Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.

Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut yang berlaku selama tiga hari.

Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986. – Agensi

0 comments:

Post a Comment