Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan Datuk Shamsubahrin Ismail diperintah membela diri oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan menipu bekas Pengarah Syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

Hakim Rozilah Salleh dalam penghakimannya berkata, pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Shamsubahrin didakwa atas lima pertuduhan menipu Mohamad Salleh mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan membabitkan RM1.75 juta, dua tahun lalu.

Dia juga berdepan 17 pertuduhan mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membabitkan jumlah sama. – Berita Harian

0 comments:

Post a Comment