Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

Akhirnya teka-teki mengenai majlis pernikahan dan resepsi perkahwinan pasangan selebriti popular Rozita Che Wan dan Zain Saidin sudah pun diketahui umum.

Mereka sepakat memilih tarikh 11 Disember depan untuk disatukan sebagai pasangan suami isteri.

Majlis pernikahan mereka akan dijalan di Gazebo Setia City Convention Centre selepas solat Maghrib.

Perkahwinan mereka disifatkan sebagai perkahwinan selebriti termahal sepanjang tahun ini apabila mendapat tajaan terbesar sebanyak RM13 juta daripada 27 pihak penaja.

Di bawah ini, penulis kongsikan video Save The Date’ Che Ta dan bakal suaminya yang diabadikan oleh pihak produksi Manggis.

Dengan menggunakan lagu Christina Perri, A Thousand Years, terserlah keromantisan pasangan yang sudah hampir empat tahun menyulam cinta ini.

Tahniah diucapkan dan semoga ikatan yang bakal dibina mereka akan berkekalan sehingga ke akhir hayat.

0 comments:

Post a Comment