Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, November 26, 2013

No Comment

PERDANA Menteri Thailand Yingluck Shinawatra semalam mengumumkan bahawa pelaksanaan perintah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) diperluaskan ke seluruh Bangkok, wilayah Nontaburi dan daerah Bangpli di wilayah Samutprakarn yang bersempadan Bangkok.

Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi terletak di daerah Bangpli dan langkah menguatkuasakan ISA itu dilihat untuk menghalang peserta protes dari menduduki kawasan berkenaan.

Sebelum pengumuman itu, ISA telah dikuatkuasakan di tiga daerah Bangkok – Phra Nakhon, Dusit dan Pomprap Sattruphai.

Perluasan ISA itu berkuatkuasa semalam sehingga 3 Dis, dan dibuat selepas beribu-ribu pemprotes dari pihak pembangkang menduduki sekurang-kurangnya dua kementerian dalam usaha untuk terus menekan dan memaksa Yingluck meletak jawatan atau membubarkan parlimen.

Mereka menduduki premis Kementerian Kewangan dan Kementerian Luar, tetapi polis dan pasukan keselamatan tidak menghalang sebagai langkah untuk mengelakkan tercetusnya keganasan.

Terdahulu, Yingluck menegaskan beliau tidak akan membubarkan parlimen atau meletak jawatan sebagaimana didesak oleh pemprotes dan sedia berdepan dengan debat ‘hilang keyakinan’ yang dijadualkan esok dan lusa. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment