Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, December 11, 2012

4 comments

Farid Berhadapan Risiko Ke Mahkamah?
Farid Berhadapan Risiko Ke Mahkamah? - Sebelum ini kisah perkahwinan antara pelakon, Farid Kamil dan Diana Danielle mencetus kontroversi kerana Diana dikatakan hamil 16 hari selepas baru dua minggu berumah tangga.
Selepas itu timbul pula isu di mana Farid telah melangsungkan perkahwinan dengan memakai pakaian Angkatan Tentera Malaysia yang mana sebenarnya ia tidak boleh dipakai oleh ‘orang biasa’.
Kejadian itu telah menimbulkan kemarahan ramai pihak.
Ia seolah-olah menunjukkan Farid tidak sensitif mengenai undang-undang.
Terbaru, menerusi Kosmo Ahad, semalam, ada menulis Farid berkemungkinan dipenjarakan dua tahun di atas kesalahan itu.
Berikut merupakan petikan daripada akhbar berkenaan..
“Dengarnya orang tentera sedang mempertimbangkan untuk mengheret Farid Kamil ke mahkamah atas kesalahan jenayah kerana memakai pakaian tentera. Kata sumber Diva, Seksyen 140 Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara selama 2 tahun jika memakai pakaian tentera dan Seksyen 170 memperuntukkan penjara tiga bulan bagi kesalahan menyamar sebagai anggota tentera. Sumber Diva bagi tau, abang askar naik angin sebab Farid pakai pangkat Mejar Jeneral. Dua paku satu mahkota, itu belum cerita pin payung terjun yang tersisip di dada sasa Farid Kamil”.
Jika sampai ke tahap itu, adalah lebih baik Farid tampil membuat pengakuan dan menjelaskan keadaan sebenar.
Mungkin ramai pihak salah faham atau Farid tidak sengaja berbuat demikian.
Kalau tidak masakan ada pasukan pedang yang mengiringi kemasukan Farid dan Diana ketika majlis perkahwinannya.
Apa kata anda? – MyNewsHub

4 comments:

  1. Yang berkurun2 orang Melayu bila kawin dok berpakaian macam sultan/raja siap bertanjak berkeris tu takde ke sultan mana2 negri nak saman? Tu kira menyamar jugak tu. Dah namanya kahwin, ikut sukalah nak pakai apa pun, nak mcm Presiden Amerika ke, nak pakai mcm eskimo ke... asalkan tak telanjang. Lainlah pengantin semua menyamar utk tipu orang. Bengong punya keje nak saman2...kerja yg patut kena buat ditinggalkan...store senapang tu jaga betul2 jgn bagi org dok curi lagi.

    ReplyDelete
  2. malaysia memang benggang... sikit2 nak saman... terlalu budus....

    ReplyDelete
  3. toksah dilayan org2 gila kat luar tu...menyamar tu salah kalau menyembunyikan identiti untuk kepentingan peribadi dan membahayakan keselamatan negara..dah sah2 satu malaya kenal farid kamil..kalau camtu PM pon kena penjaralah 2 tahun sebab dia bukan askar tapi pernah gak pakai pakaian tentera....buduh sungguh..

    ReplyDelete
  4. haiz.. pakaian pnye hal pn smpai kne penjare 2 tahun gak ke..? gile tul.. susah gak idup kat malaysia ni

    ReplyDelete