Kanak-Kanak Gaza Tidak Kisah Bermain Di Zon Maut - GAZA : Puluhan kanak-kanak dan remaja Gaza tidak langsung gentar pada ancaman penembak hendap tentera Israel apabila didapati menceroboh masuk dan bermain di kawasan maut dikenali sebagai zon bunuh.
Kawasan berhampiran Khuza’a di selatan Tebing Gaza itu digeruni penduduk berikutan beratus mangsa maut akibat ditembak dari jarak jauh oleh tentera Israel yang mengawasi kawasan itu 24 jam setiap hari.
Difahamkan, pasukan penembak hendap Israel ini bersembunyi di dalam beberapa kubu konkrit yang dibina di sekitar kawasan lapang itu yang dianggap subur untuk pertanian.
Wartawan dan jurugambar Harian Metro yang secara tidak sengaja memasuki kawasan itu semalam, mendapati lima tembok konkrit milik Zionis setinggi lebih tujuh meter diletakkan di kawasan itu.
Malah, sebuah rumah batu milik penduduk yang terletak 200 meter dari tembok konkrit itu menyembah bumi selepas dihujani roket jet pejuang F-16 tentera Israel dalam serangan terbaru 19 November lalu. – Metro
0 comments:
Post a Comment