Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 19, 2014

Gambar Hiasan

George Town, 19 Julai - Polis merampas 43 komputer yang telah diubah suai menjadi alat permainan judi dan menahan enam lelaki dalam serbuan di dua premis di Jalan Sungai Pinang dan Jalan Tengku, Jelutong di sini, awal hari ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalatrash Wahid berkata mereka yang ditahan dalam operasi tiga jam berakhir pukul 2 pagi itu merupakan pekerja di premis terbabit termasuk empat warga Pakistan, berusia antara 19 dan 26 tahun.

"Dalam serbuan pertama di Jalan Sungai Pinang, polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun serta seorang lelaki warga Pakistan dipercayai penjaga premis berkenaan dan pemeriksaan lanjut menemukan tiga lagi warga Pakistan sedang tidur di bilik belakang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Katanya kesemua warga asing itu gagal menunjukkan sebarang dokumen perjalanan yang sah dan polis merampas 13 set komputer berserta dua modem dari premis berkenaan.

Beliau berkata dalam serbuan kedua di Jalan Tengku, polis menahan seorang lelaki berusia 20-an dipercayai penjaga premis dan merampas 30 set komputer.

Katanya pemilik premis disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang memperuntuk hukuman penjara lima tahun atau denda maksimum RM10,000 bagi setiap mesin judi atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mior Faridalatrash berkata kes turut disiasat mengikut Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/1963 yang memperuntuk hukuman penjara tidak lebih enam bulan atau denda sehingga RM1,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. - BERNAMA

0 comments:

Post a Comment