Gambar hiasan |
RABAT: Sekurang-kurangnya empat maut dan 57 mengalami kecederaan apabila tiga bangunan runtuh di Casablanca, Maghribi semalam, lapor agensi berita rasmi negara itu, MAP.
Anggota penyelamat menggunakan anjing pengesan bagi mencari mereka yang terselamat dan menarik keluar daripada sisa runtuhan. Bangunan kediaman, dengan ketinggian empat atau lima tingkat dan rapat antara satu sama lain runtuh sebelum Subuh di kawasan yang dibina pada sekitar 1960-an dan 1970-an. - Reuters
0 comments:
Post a Comment