Kumpulan Unite berhimpun di London mengutuk keras tindakan serangan Zionis ke atas Gaza. |
LONDON - UNITED KINGDOM. Kesatuan sekerja terbesar Britain, Unite memutuskan melakukan kempen Boikot, Penjualan dan Sekatan (BDS) terhadap Israel selama setahun.
Mereka menggelar kempen itu sebagai ‘jenayah lebih hina daripada jenayah aparteid’.
Tindakan yang jarang berlaku di Barat ini juga mengakui mereka menyokong proses keamanan dan mengutuk keras tindakan Zionis yang melakukan pencerobohan di penduduk Palestin.
Menurut laporan Middle East Monitor, Unite akan mengemukakan dua usul berkaitan konflik Palestin-Israel pada persidangan tahunannya di Liverpool hujung minggu ini.
“Usul utama adalah mengutuk pencabulan Israel terhadap undang-undang antarabangsa termasuk melakukan jenayah penganiayaan terhadap rakyat Palestin, tahanan dan penyeksaan terhadap kanak-kanak Palestin. Ia juga disebut undang-undang perkauman.
Usul kedua adalah menyatakan sokongan penuh terhadap pembentukan kerajaan Perpaduan selepas kegagalan rundingan damai antara Israel dan Palestin,” kata laporan itu.
Memetik laporan Middle EastMonitor, rundingan damai antara Palestin dan Israel terus menemui jalan buntu sejak 21 tahun lalu selepas Israel sering tampil dengan penipuan dan pembohongan. ─ Sinar online
0 comments:
Post a Comment