Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Thursday, July 17, 2014

No Comment
PEMAIN Brondby, Simon Makienok (kiri) bersaing dengan pemain Liverpool, Martin Skrtel dalam perlawanan pra-musim di Stadium Broendby, awal pagi tadi. Liverpool kalah 1-2.- Foto AF
LONDON: Liverpool membuka kempen pra-musim tanpa khidmat Luis Suarez dengan kekalahan 2-1 kepada kelab Denmark, Brondby, awal pagi tadi. 

Christian Norgaard membuka tirai jaringan buat tuan rumah menerusi satu sepakan percuma sebelum pemain Liverpool dari Sweden, Kristoffer Peterson menyamakan kedudukan pada awal babak kedua. 

Dan ketika The Reds kebuntuan gol, Ferhan Hasani meledak jaringan kemenangan Brondby pada masa tambahan. 

Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers begitupun tidak mahu menyalahkan kekalahan itu dengan ketiadaan Suarez yang berhijrah ke Barcelona dengan nilai 128 juta dolar (RM408.06 juta) dan mengakui tumpuannya lebih terarah untuk mencabar musim baru Liga Perdana Inggeris yang bermula 16 Ogos depan. 

“Tahun ini, kami tahu kami akan menjadi amat kompetitif. Semua pasukan akan menambah kekuatan dan kami juga sama. Namun apa yang menarik tentang kami ialah kami adalah kumpulan pemain muda dan kami membawa masuk pemain muda yang dahagakan kemenangan. 

“Kami akan meningkat sekali lagi berbanding musim lalu. Ia akan menjadi musim yang amat menarik. Saya dapat melihat pembangunan beberapa pemain dalam masa yang singkat sejak kami kembali. Musim ini kami percaya dengan kualiti yang kami ada. 

“Kami mahu terus meningkat dan meneruskan peningkatan. Kami bekerja amat keras tanpa orang lain mengetahuinya, kami sentiasa melakukannya untuk mencari pemain berkualiti ke dalam kelab,” kata Rodgers. 
Dalam pada itu, Chelsea menewaskan kelab divisyen empat, Wycombe Wanderers 5-0 menerusi jaringan Patrick Bamford, Izzy Brown (2), John Terry dan Branislav Ivanovic. - AFP

0 comments:

Post a Comment