Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, July 7, 2014

No Comment

Seoul – Korea Utara menggandakan jumlah pakar siber elitnya sejak dua tahun lalu dan menubuhkan pangkalan luar negara untuk menggodam kata satu laporan semalam.

Unit perang siber Utara itu kini mempunyai 5,900 kakitangan, berbanding 3,000 dua tahun lalu, kata agensi berita Yonhap Korea Selatan.

“Negara komunis itu mengendalikan unit penggodaman di bawah Biro Umum Pemerhatian Strategik Musuh yang menempatkan 1,200 penggodam profesional,” menurut sumber tentera.

Lancar serangan siber

Sumber itu menyatakan penggodam Korea Utara sudah melancarkan serangan siber menerusi pangkalan luar negara seperti China.

Beberapa tahun kebelakangan ini, penggodam menghantar perisian negatif dan emel pembawa virus untuk serangan siber istitusi tentera Korea Selatan, bank komersil, agensi kerajaan, penyiar televisyen dan laman web media.

Siasatan terhadap serangan siber besar-besaran mendapati ia berasal dari Korea Utara. Utara menolak sebarang pembabitan dan menuduh Seoul memalsukan insiden untuk meningkatkan ketegangan merentas sempadan.

Korea Selatan sudah menaikkan bajet keselamatan internet untuk pakar sejak ia menubuhkan pemerintahan siber khas pada 2010, ketika peningkatan kebimbangan ia menjadi sasaran. – AFP

0 comments:

Post a Comment