Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Sunday, July 6, 2014

No Comment


Stadium Bola Tampar Seksyen 19, Sham Alam: Seorang pemain bola tampar bernasib baik kerana terselamat setelah keretanya dipecah masuk oleh seseorang dan juga selepas itu turut menyerangnya kelmarin.

Menurut maklumat yang dikongsikan oleh City Rangers Volleyball Club (CRVC), pada mulanya seoarang pemain bola tampar telah kembali ke keretanya untuk menganbil botol. Sesampainya dia disitu dia terkejut melihat ada seorang lelaki India dalam keretanya yang dipercayai sedang menggeledah mencari barang berharga.

Terkejut dengan perkara itu lantas mangsa pun menutup pintu kereta tersebut dari luar. Namun, suspek berkenaan keluar dari kereta dan terus menyerang dan menumbuknya.

Mangsa bertindak melawan dan menjerit meminta tolong sebelum beberapa pemain lain keluar.

Suspek berkenaan dikatakan dalam keadaan mabuk telah berjaya diberkas oleh pihak polis.

Dinasihatkan kepada pemandu kereta agak tidak meninggalkan barangan yang berharga dalam kereta. Tidak mengira barang berharga anda disorok ataupun tidak selagi ia berada dalam kereta ianya tidak selamat. ─ SiakapKeli.com

0 comments:

Post a Comment