Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Saturday, July 19, 2014

No Comment

SEPANG, 18 Julai (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin Jumaat malam melawat pusat operasi tragedi MH17 di Bangunan Pengurusan Penerbangan Malaysia Airlines (MAS) di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini.

Beliau yang ditemani isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman serta diiringi Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Wee Ka Siong dan Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman tiba di bangunan itu pada pukul 9.55 malam.

Beliau meluangkan masa kira-kira 30 minit di pusat itu yang ditubuhkan pagi tadi bagi mendapatkan perkembangan terkini mengenai tragedi.

Muhyiddin kemudian ke Hotel Marriot Putrajaya bagi menziarahi keluarga penumpang dan kru pesawat malang berkenaan.

Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777 membawa 298 orang termasuk 16 anak kapal, dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur sebelum terhempas di Donetsk, timur Ukraine berhampiran sempadan Rusia, dipercayai akibat ditembak.

Pesawat itu berlepas dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis waktu tempatan dan dijadualkan tiba di KLIA pada 6.10 pagi Jumaat waktu Malaysia.-- BERNAMA

0 comments:

Post a Comment