Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Wednesday, July 9, 2014


Diskriminasi wanita bertudung di tempat kerja biasa kita dengar, tapi kali ini lain pula kesnya, seorang pemandu bas diminta memberi surat tunjuk sebab untuk memakai kopiah semasa bekerja.

berkopiah semasa bekerja. Pemandu bas terbabit mendapat surat tunjuk sebab yang berbunyi seperti berikut:

Merujuk kepada laporan yang diterima, saudara telah melakukan perbuatan yang bercanggah dengan terma-terma kerja saudara:

Saudara didapati mengingkari arahan masih memakai kopiah walaupun sudah ditegur.

Adakah ini bermakna memakai kopiah satu adab yang kurang sopan atau disenangi oleh pihak majikan pemandu bas berkenaan? Malaysia sebuah negara islam. Adakah salah rakyatnya mempraktikan apa disunnahkan oleh agama islam? 

Bagaimana pula kesnya jika pemandu bas berkenaan seorang yang beragama Singh? Adakah dia terpaksa membuang serbanya semata-mata hanya untuk memandu bas? Banyak yang perlu dijawab oleh majikan pemandu bas tersebut.

Apa pun, diharap kes ini dapat diselesaikan dengan cara baik dan saksama oleh pihak majikan tersebut. - SiakapKeli.com

1 comments:

  1. nilah jadinya bila org melayu perangai lebih kafir dari org kafir

    ReplyDelete