Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Monday, April 14, 2014

No Comment

Manusia ‘Barbie’ Valerie Lukyanova akhirnya mendedahkan sedikit rupa sebenarnya menerusi beberapa gambar selfie di Facebook.



Meskipun masih mengenakan solekan, namun gambar yang dimuatnaik Valerie menampakkan dirinya tidaklah bermekap terlalu tebal seperti selalu dan tidak memakai kanta lekap yang membuatkan anak matanya kelihatan besar seperti anak patung.



Begitu pun, gambar tersebut mencetuskan pertikaian lain iaitu badannya yang kelihatan terlalu kurus hingga menampakkan tulang rusuk.

Februari lalu, Valerie mengejutkan ramai orang apabila mendakwa dia mengamalkan Breatharianism – sejenis latihan yang membolehkan dia meninggalkan makanan dan kekal bernafas hanya dengan udara dan cahaya.

Kenyataan kontroversi lain Valerie adalah mendakwa perkahwinan campur menjadi punca ramai wanita hodoh pada zaman sekarang sekaligus meningkatkan amalan pembedahan plastik.

Sebagai contoh kata model Ukraine ini, orang Rusia yang berkahwin dengan orang Armenia mungkin berwajah comel tetapi memiliki hidung kurang menarik lalu terpaksa melakukan pembedahan untuk kelihatan lebih cantik.

- Rem Ramzi / SiakapKeli.com

Sumber: Dailymail

0 comments:

Post a Comment