Kini Siakap Keli boleh didapati di Play Store! Dapatkan sekarang untuk Smartphone anda. Saya mahu!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Pages


Tuesday, June 24, 2014

Gambar bekas pengasuh sedang memelul Muhammad Firdaus

Petikan dari: Facebook Kamal Zawari Ghazali Asamkipas

Bismillah.

Alhamdulillah, petang tadi saya dan isteri, Siti Salwa diberi keizinan Allah untuk melawat adik Muhammad Firdaus Dullah di Hospital Tuaku Jaafar, Seremban..

Pertamanya, saya mohon maaf jika post ini panjang, harap anda dapat bersabar dan baca kerana intipatinya adalah penting dan harap dapat di"share" kepada sesiapapun yang anda jumpa di luar mahupun Facebook friends list anda.

Adik OKU ini terkenal akibat berita yang tersebar luas konnonnya dia "dikurung" oleh ibunya dirumah sehingga kurus kering. Dan akibat fitnah yang berleluasa tentang betapa "zalim"nya si ibu itu, saya rasa bertanggungjawab untuk menceritakan hal sebenar kepada kalian semua agar kalian dapat membetulkan semula persepsi anda dan tidak termakan fitnah yang telah anda baca baik daripada akhbar, TV mahupun post di Facebook.

Dan sepertimana post saya yang terdahulu, para keyboard warrior dan generasi "mohon share" bertungkus lumus untuk memaki dan menghina ibunya atas "perbuatan" tidak berhati perut oleh ibu adik Firdaus, Puan Lola.

Facebook ibu adik Firdaus dijejaki dan digelar iblis, syaitan, kejam dan sebagainya. Sedarlah wahai rakan sekalian, ini tidak lain hanyalah fitnah yang amat tidak bertanggungjawab para pemberita, generasi "mohon share" dan keyboard warrior terhadap ibunya.

Ketika berada di Wad, saya turut berpeluang untuk bercakap dengan Kak Nor (Dalam gambar, yang sedang memeluk Firdaus) yang merupakan jiran,bekas penjaga adik Firdaus, dan juga sahabat baik Puan Lola.

Menurut Kak Nor, Puan Lola amat menyayangi Firdaus walhal tidak pernah sekalipun dimarah apatah lagi dijentiknya Firdaus. Walhal, keprihalan Firdaus diketahui oleh jiran sekeliling Flat tempat tinggal mereka kerana semasa Kak Nor masih lagi menjaga Firdaus, dia selalu dibawa main bersama kanak-kanak lain di perumahan tersebut. Dan Kak Nor telah menjaga Firdaus sejak dia berumur 4 tahun lagi. Namun begitu, akibat urusan yang tidak dapat dielakkan Kak Nor berpindah ke Gemencheh.

Akibat ini, tiada lagi siapa yang sanggup menjaga dan membela Firdaus semasa ketiadaan Puan Lola ke tempat kerja.

Dan disinilah bermula kisah dimana Puan Lola terpaksa meninggalkan Firdaus berseorangan di rumah akibat terpaksa bekerja menampung belanja keluarga. Dia bekerja di KLIA dan gajinya hanyalah sedikit yang amat sangat. Anak kedua Puan Lola yang berumur 6 tahun (Turut berada di hospital dalam wad yang sama kerana Puan Lola ditahan) menpunyai kondisi "Hyperactive". Puan Lola juga diberikan ujian kesihatan dan beliau sendiri sakit. Masya Allah besar ujian keluarga ini.

Puan Lola menanggung perbelanjaan sewa rumah, perbelanjaan motor perubatan, menghantar wang kepada ibu bapanya di Sabah dan macam-macam lagi dan akibat kepayahan ini, mereka hidup sekangkang kera sebagai mana anda boleh lihat dalam rumahnya yang kosong. Untuk menambah pendapatan, Puan Lola mencari dan menjual tin kosong dan juga kotak-kotak. Masya Allah.

Dan jika kita persoalkan mengapa hanya diberi pakaian reput kepada Firdaus,

"mak dia tak mampu ke nak beli baju RM5 sekalipun?"

Jawapannya senang, ya mereka teramat miskin hingga hendak beli baju baru pun tidak mampu.

Untuk menguatkan lagi pendapat kami terhadap Puan Lola, kebetulan datang dalam wad tadi bersama saya adalah seorang lelaki yang merupakan ahli NGO kawasan perumahan Puan Lola sekeluarga. Beliau pernah bekerja denga Puan Lola selama 6 tahun di KLIA dan beliau turut mengatakan bahawa apa yang masyarakat perkatakan terhadap Puan Lola adalah salah sama sekali. Beliau seorang yang lemah lembut, rajin dan selalu kerja "overtime" untuk mencari duit lebih bagi menampung keluarga.

Situasi kini adalah Kak Nor menjaga Firdaus dan adiknya di Wad kanak-kanak tersebut jika berkesempatan dan beliau tanpa meminta sesen pun berulang alik dari Gemencheh ke Seremban untuk menjaga adik.

Firdaus. Sepanjang saya di Wad tadi, adik Firdaus kerap kali memanggil "Mak..." "Makk..." sambil memeluk Kak Nor yang masih lagi diingatinya. Kembalikanlah Puan Lola kepada Firdaus yang mana beliau kini ditahan untuk direkodkan keterangan. Moga Allah pertemukan mereka semula dengan secepat mungkin, insya Allah.

Sehubungan itu kami semua yang hadir petang tadi dalam Wad itu sepakat bersama ingin membetulkan persepsi yang salah yang digambarkan oleh media massa, generasi "mohon share" dan juga keyboard warrior terhadap keluarga Puan Lola. Moga Allah dapat permudahkan urusan mereka dan kita semua, insya Allah.

Tidak percaya dengan apa saya tulis nih? Pergi lawat sendiri adik Firdaus di Wad Kanak-Kanak Hospital Seremban. Tiada satu pun calar atau parut dera pada adik Firdaus, yang ada hanyalah kesan kasih sayang ibu yang bersusah payah menjaga si adik meskipun ibunya sakit dan tidak mampu...

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah :

1 ) Kita seharusnya malu dan harus rasa bersalah terhadap Puan Lola atas Fitnah dan tohmahan yang disebarkan. Mohon maaf kepada ibu adik Firdaus jika berkesempatan. Kita harus ingat, jika orang kutuk mak kita kita mesti akan marah bukan main lagi dan akan membalas perbuatan terkutuk tu betul tak? Bayangkan anda telah mencaci ibu kepada adik Firdaus yang OKU yang tidak mampu untuk marah atau membalas perbuatan anda terhadap ibunya. Anda patut malu dengan diri anda dan segeralah bertaubat.

2 ) Kita tidak boleh menuduh melulu tanpa membuat siasatan terperinci terhadap sesuatu perkara. Silap langkah maka ianya menjadi Fitnah. Ingatlah Fitnah itu dosanya lebih besar dari membunuh.

Mampukah anda tanggung dosa itu diakhirat kelak ? Wallahualam.

3 ) Tanamkan sikap membantu kepada orang yang susah, jangan tunggu NGO ataupun orang datang kutip derma baru nak tolong. Cari dan berkawanlah dengan orang yang miskin dan susah. RM1 bagi anda mungkin sedikit, namun bagi mereka ianya tidak ternilai. Bersedekahlah sentiasa, meskipun harta di dunia kurang, harta dan pahal di akhirat berkali ganda Allah akan balas.

4 ) Apa kata kita buat satu derma kilat, kumpul duit untuk rawatan dan belanja Puan Lola, Adik Firdaus dan adiknya yang berusia 6 tahun tu. Kalau rumah anda ada kipas, kerusi ataupun meja baju lebih ke, kumpul dan derma kepada mereka. Kan lagi bagus macam tu. Marilah besedekah kerana semua ini amalan yang digalakkan agama Tak rugi pun kita, lagi untung ada.

5 ) Tolong share post ini. Ada pepatah mengatakan "Lying is bad, but hiding the truth is even worse". Sebagai seorang yang bertanggungjawab, kongsikan post ini kepada semua supaya kebenaran diketahui umum. Insya Allah hanya Allah dapat membalas jasa anda.

Walahualam.

Sekian,

Muhammad Kamal Zawari @ Asamkipas

41 comments:

  1. Ni malaysia...tak mungkin sehelai baju pon dalam sebulan tak pernah di tukar..mane baju2 adek firdaus yg sblm ni die pkai..tak kan tak boley bersuare pada NGO tntang kesusahan yg puan lola alami..tak guna berkawan lame dengan NGO kalau NGO sendiri pon tak boley nak selesai kan masalah puan lola tu..jgn perbodoh2 kan kami..sbb bnyak saluran bantuan kat malaysia ni..jgn jd kan alasan kesusahan puan lola tu sanggup tidur kan anak dengan najis smpai kurus kering adik firdaus di kurung...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kau pandai cakap jer apa tau??sapa bodohkan sapa? kau yg bodohkan dirikau sendiri.

      Delete
    2. Alasan.....susah mcmna pun xkan lola sanggup biar ank terabai mcm tggu maut jemput je mcn tu pn lola pulak elok je selfie...

      Delete
    3. HAHAHAHAHAHAH...Cerita paling lawak abad Ini.... lagi lawak dari bintang mencari tahi bintang,,,,,,,hahaha

      Delete
    4. Apa pon...matlamat tidak menghalalkan cara. Jika kurang kemampuan...boleh rujuk jabatan agama..request bantuan zakat..jkm mohon bantuan bulanan. Ini nasib Allah sayangkan adik firdaus..nyawa masih panjang...what happen kalau balik terjumpa dia dah meninggal.....astagfirullahal'azim. Tuan Kamal what u had written could be true bit its no give the mother the right to treat the child in such way. Kalau tuan benar2 kenal ibunya yg susah..kenapa tidak bantu dan ziarah. Damaged has been done. Hopefully this could be her biggest lesson. Anyway thanks for clearing the air.

      Delete
    5. klu aku ttp tak boleh terima alasan mcm tu....kita tgk je tempat adik itu di temukan....sarang kucing aku lagi bersih...nak kurung pun tak kan lah tmpat mcm itu,,,susah sangat ke nak bersih kan tempat tu...admin jangan membela pihak bersalah....

      Delete
    6. Mak gemok mcm badak. Anak dibiarkan kebuluran dgn sengaja.

      Delete
  2. semiskim mana pun manusia tu, saya rasa takde la sampai adik firdaus tu jadi macam tu... hatta tengok rancangan bersamamu sekali pun, walaupun mak ayah dia miskin, anak OKU dorang tetap dijaga dan berbaju... sekurang2nya tidak kurus seperti itu....

    Dan saya nak tanya... OKU di malaysia diberi bantuan 100% kalau kita apply... mak dia ni tak apply bantuan ke? atau dah apply tapi wang bantuan tu tak sampai ke tangan firdaus?

    Saya yakin puan lola tu baik orangnya... tapi baik tingkah laku bukanlah beerti dia baik dalam mengurus anak... serious, ini kes pertama terjadi pada oku... bukan tiap2 tahun kita tengok kes macam ni... dan saya sangat pelik... miskin mana pun kita, takkan berlaku kat adik firdaus tu melainkan dia ditinggalkan berhari2 sampai kurus dan baju koyak rabak...

    ReplyDelete
  3. cuba fikir sejenak...jika tiada isu ini, apakah akan terjadi kepada adik firdaus?....

    ReplyDelete
  4. Then bagaimana pula dgn kenyataan pengarah hospital tuanku jaafar dlm sidang akhbar 2 hari lepas yg mengatakan kanak2 ini sudah tidak makan selama beberapa bulan? Adakah puan lola dan anaknya yg berusia 6 tahun telah tidak makan dalam tempoh yg sama? Ye lah.. dah susah sangat hidup kan???

    ReplyDelete
    Replies
    1. mak dia tak sekurus firdaus pun. yang anak dia sorg lagi tu pun tk kurus mcm daus

      Delete
  5. kalau nak menipu pun agak2 laa...bahalol tul...mana ada mak sanggup biarkan anak dia pakai baju sampai reput?? mak ko sanggup buat ko mcm tu? jgn nak bodohkan orang laa......kalau tak da duit boleh lak dia pegi keje? jalan kaki kaa??memang bodoh giler laa statment ko.....tak masuk akal laa dia punya artikel....kakakakaka

    ReplyDelete
  6. kenapa mak die ngn adk pd frdaus x skurus ahli syurga tu?? kenapa mreka brpakaian lengkap sdgkan ahli syrga tu cuma pakai cebisan kain?? kenapa??

    ReplyDelete
  7. Ibu tunggal nak sara ibu bapanya? Walhal dirinya tidak berkemampuan....kalau lah dapat skip bulanan tu dan gantikan pakaian anak... Bab penjagaan, dalam facebook belum ada yang fitnah si ibu ni mendera.. Dan rata2 rakyat Malaysia kesal kerana penjagaan anak terabai seperti anak somalia dan memakai pakaian macam orang asli? Kesian si anak dan maruah anak.... Blogger come out dengan data boleh, setakat nak jadi peacemaker cakap kosong atau angle-warrior(alim2 kucing) ingat reader tak berakal ke?

    ReplyDelete
  8. Betoi tu. Rakyat malaysia marah sebab anak tu terabai sampai macam tu sekali

    ReplyDelete
  9. Sudahlah, tak payah nak menegak benang yang basah. Lola memang telah/sudah mengabaikan tanggungjawab sebagai ibu, dah jelas di mata semua. jangan kabur mata bila melihat wajah lola yang elok tu.

    ReplyDelete
  10. sory, ak cme tak faham knapa sebuta ini manusia. u can see the truth but u still defend the wrong person. and the most CRAZY thing, bila sokong orang y backup pihak y salah. kpada penulis ni, tlg fikir balik.

    ReplyDelete
  11. Xthu nk ckp. Ap pn harap adik firdaus sihat. Klo nk cite hl bj. Xkn xley nk pkai kn sehelai Bj dr ank lg 1 tu kn.. mgkin kite hnye tgok yg kite nmpak, dan xtw ap yg lola alami.. tp Tu la yg tjadi. Kehidupan masing2 pasti ad cacat celanya. Yg x best skrg. Kerajaan da tw la ni nk bt tabung bagai.. xkn kerajaan xmmpu nk bg bantuan n still nk wet rakyat jgk. Rakyat ni kaya sgt ke..? Sbb tu la ad lg rkyat yg miskin daif mcm lola.. kerajaan yg mmpu bntu nk jgk lg mtk rakyat konon nk perdaya rakyat saling bntu mmbantu. Kerajaan ad kew mmbantu kuage cm lola.. kerajaan mMalaysia ni yg da lok lak...lebih jep.

    ReplyDelete
  12. semiskin mana pun kita tgk dalam bersamamu tv3 tu.. siap ada 3 anak oku dia jaga dari hujung rambut sampai hujung kaki... ni sampai baju dah reput.. kena kurung.. rambut panjang.. kotor dgn tahi mahinya.. jaga ke tu? sampai kurus x de zat.. jaga dgn kasih syg ke tu.. kalau budak tu kena kurung tp baju x reput sampai mcm tu sekali.. saya rasa org msh boleh lagi minta maaf kalau diorang buruk sangka ngan mak dia.. Ni siap dgn video dia sekali..dgn gambar dia sekali... mcm mana org nak bersangka baik kalau tgk dgn mata kepala sendiri... Kecuali kalau adik Firdaus sendiri yg bagitau pekara sebenar mcm mana dia dijaga maknye..

    ReplyDelete
  13. ramai je mak bapak kwn sy y susah, tak da kereta , baju pun buruk, tak de pulak bermake up bagai, rumah pun kagi naif dr umah lola tu, tp tak de pulak anak dia terabai. ??? kalau betul tk de duit sngt, duit beli brg make up tu, simpan je bg anak tu makan, tp knp anak y sorg lagi tu sehat walafiat, sebab dia sempurna ke? sebab dia tak cacat mcm tu ? kalau nk tegakkan benang yang basah tu agak2 lah. aku ni tak makan dua , tiga hari tak mcm tu pun kurus ? otak letak mana lutut ke. huh. -_- . ni sapa admin y sibuk nau nk ckp org dok fitnah. benda dh nampak tkkn ade org nak buat crita. dia ingat budak anak kucing ke. kalau thu daus tu tk boleh bjalan, pkaikan pampers. alah boleh je belikan , make up, baju cntik2 boleh je beli. kalau betul2 susah , tu mcm org bersamamu tu. atleast dia cri duit untuk membesarkan anak2 dia. yang kau hadoi. otak lu takdalah lola .

    ReplyDelete
  14. alasan tu smua...anak dua xkn xblh jaga..ko bg alasan mcm mana skali pn ak tetap x blh trima...klu susah mcm mana pn jgnlh smpai biarkan anak dgn najis...ko blh biar dn tgk je ke.....ak tgk rncangan BERSAMAMU tu ada lg susah.ank rmai,xde suami tp ank tetap dijaga dgn baik..yg tulis cite ni pn xpikir ke...ak marah sbp dia abaikn ank tu...ANAK TU AMANAH ALLAH....jgn guna alasan susah...ak adik beradik 13,mak bapak ak dlu susah gak tp tetap jaga ktaorg dgn baik...

    ReplyDelete
  15. Dasyat betul cerita kartun yg ko coretkan dlm blog ko ni. Semua fakta ko sampah sebab kalau dia fikir pasal anak tak makan dia dah usahakan tak la sampai budak ni kurus tinggal tulang. Ada duit nak pakai data plan ada duit nak beli smartphone tapi boleh bagi alasan takde duit nak rawat anak yg sakit. Harap hukuman yg berat di jatuhkan kepada mak anak ni sebab sanggup bagi anak oku duduk dlm bilik tanpa makanan dan tak menjaga kebersihan. Manusia jenis apa ni sekejam2 seorang emak pada anak tak akan sampai jadi mcm mana binatang yg bertopengkan manusia yang hanya tahu nak melawa dan bersuka tanpa peduli anak yg di kurung tanpa makanan dan pakaian yang wajib di beri kepada seorang insan bukan pakaian yg di sarung utk buah cempedak. Hukuman di dunia akan di lalui oleh Lola hukuman di akirat pun akan menjelma nanti.......

    ReplyDelete
  16. macam tak logik kajian kau ni admin...aku baru bace sumber dari majikan dia ade bagi gaji 2ribu lebih..dan bersih dapat la dlm 1500 gitu r..aku tgk ade org lain lagi miskin,, tinggal kat kampung je dan mempunyai anak oku lebih dari sorg..bleh je jage..anak OKU inilah yang jadi tiket akhirat kelak...aku tak kate emak dia kejam, tapi mana kasih sayang dia sebagai IBU?...kau ni admin xkan xbleh fikir..nak share wat ape cerita kau, nak bekap mak dia ke???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam. Sila tengok petikan. SK hanya berkongsi...

      Delete
    2. Siakap Keli,kot ya pun hanya berkongsi,anda sebagai seorang admin yang bijak pandai boleh menilai dengan sebaik-baiknya kot,tak payah la kongsi artikel sampah mcm ni,buat orang marah je

      Delete
    3. Kalau SK pun nak kobgsi info dari orang.. Tak payah jadi blogger, takda originaliti, takda semangat blogger, takda etika blogger... SK cuma nak raih populariti? Camtu?

      Delete
  17. Eeeek senget gamaknyer admin ni...yg najis merata tu pa kes....nk suruh budak tu bersihkan ke....mak dia buat apa ye? Oh lupa org susah mana nak buat cuci najis nih....

    ReplyDelete
  18. Puan lola ni bijak rsnya..dia xnk di tuduh membunuh jd..dia biarkn ank dia tidak mkn minum dan mungkin berniat membiarkan anknya mati kelaparan secara pelahan-lahan... xdera fizikal (tiada kesan dera fizikal bak kate hospital) sebenarnya mati secara pelahan-lahan lagi penuh siksa dan menyiksakn... (dia dera mental firdaus dan berlaku juga ketidak sempurnaan fizikal bila dh jd kurus kering) mmg dia cacat... org cacat Allah bg mereka kelebihan yg lain sbb mereka mmg dh confirm2 masuk syurga.. puan lola menyiksa Ahli syurga?? Dn kite di minta belas kasihan pd Lola ni??? Astagfirullah... bwk2lh mengucap wahai si Penulis yg buta hati buta minda.. kami menilai bkn kerana fitnah tp skrg zaman reality yg terbentang di dpn mata.. dpn screen xperlu ssh2 nk buat research.. ok now penulis ckp tgk sendiri kesusahan keluarga lola... kami bkn sekadar tgk terus siasat ke akar umbi lah brother... sy pun takde masa nk menaip pjg2 mcm ni.. tp sbb naluri ketidakpuasan hati ini same seperti insan2 perihatin yg lain... dan sifat kami yg semula jadi ade instinc apa yg diceritakan ini adalah rekaan utk penulis mencari publisiti murahan dan menunjuk kononnya diri terlalu mulia tidak buruk sangka kpd org lain... sdgkn kebenaran di dpn mata... menilai apa yg di dpn mata.. kaji selidik baru menulis cerita karut begini....wsalm...

    ReplyDelete
  19. Selama kes ni muncul, tak pernah satu pos aku rasa nak reply, tapi sebab pos ni terlalu absurd dan nonsense, rasa tangan ni gataaalll je nak jadi "keyboard warrior".

    yes umum mengetahui yang Pn Lola ni miskin, tapi, MISKIN TAK BERMAKSUD KOTOR.

    dan kalau sesibuk mana pun Pn Lola ni kerja,takkan la smpai boleh biar anak dia bergelumang dengan taik dan air kencing, dan sampah. paling teruk pun siang firdaus tu kencing atau berak, malam tu lah cuci. tak la smpai lantai pun berkerak dengan najis.

    nak berfikiran positif boleh,tapi biar bertempat. kalau tak kebodohan akan jelas terserlah

    ReplyDelete
  20. tak kan la nak campak roti rm1 pun tak mampu.....poyo la.....byk la alasan....sah2 doc ckp dia jadi mcm tu sebab kekurangan makanan..admin, buang la artikel sampah nei.....

    ReplyDelete
  21. Maybe true dulu ibu dia yg penyayang. Tak tau pe masalah dia. Tpi we are talking about now. Keadaan budak tu masa dijumpai sgt menyedihkan.Lifestyle mum tu plak x menunjukkan susah.. kutip tin kosong utk support belanja..facebook acct and selfie.. Dah tentu smartphone.. susah kebende...come on.. bgi la skit kredit pada kebijaksanaan rakyat malaysia ni..

    ReplyDelete
  22. Yang menjadi kemusykilan sy adalah, sepanjang anak itu di kurung, adakah sang ibu tidak pernah datang melawat, datang menjegak melihat betapa sengsaranya anknya, tidakkah dia nmpk betapa anaknya memakai bju yg tidak sempurna, adakah ibu tidak memikirkan betapa anak nya kesejukan dgn baju sebegitu, dan adakah si ibu tidak pernh memandikan si anak hingga lupa untuk memberikan pakaian yg bersih????????? adakah dgn gaji sebegitu begitu sukar untuk memberikan sepasang baju untuk berlindung dr kesejukan malam???? adakah anak nya yg seorng lagi hnya berbogel?????? persoalan ini berleger2....jgn menjadi kemiskinan sebagai alasan untuk menzalimi..En kamal jika seorg ayah mgkin bakal ayah...adakah dia akan mnjadi kemiskinan untuk memperlakukan ank nya sebegitu???? muka mata..buka dada..ukur iman

    ReplyDelete
  23. Nak ketawa pulak aku baca ni....tudung yg dia pakai tu bkn murah weiii..klu tak mampu..mmg tak beli dah....ngokk..

    ReplyDelete
  24. Allah dh buka aib seorg ibu yg mengabaikan t jwb . miskin bukan alasan utk. menyiksa budak yg x berdosa tu. kalau kes ni x terbongkar mati keringlah budak tu kat bilik penuh najis tu...mmm..lola..lola..

    ReplyDelete
  25. BUKA MATA, GUNA AKAL& LIHAT DARI HATI
    yang salah tetap salah dan harus diberikan hukuman yg tertakluk kepada undang-undang negara.
    selebihnya biarlah allah yg maha mengetahui..

    ReplyDelete
  26. Kalau susah takkan mampu pakai smart phone, ade kereta, pakai cantik2. Anak yg satu lahi elok je. Terjaga je..Takkan sbb anak tu cacat dianboleh abaikan mcm tu je. Takyah la nak jadi pegusm belz lak kat dalam blog ni. Tak masuk akal langsung. Berapa byk lola bg ko duit???

    ReplyDelete
  27. My Name is Helen Morgan, Daripada United Kingdom. Saya ingin berkongsi testimoni saya dengan orang ramai tentang apa yang doktor ini dipanggil Dr okojie rohani baru sahaja lakukan untuk saya, orang ini baru sahaja dikembalikan suami Ex saya kalah kepada saya dengan ejaan yang besar, saya telah berkahwin dengan seorang lelaki yang dipanggil Morgan kami telah bersama-sama untuk masa yang panjang dan kita sayangi diri kita sendiri tetapi apabila saya tidak dapat memberi kanak-kanak selama 2 tahun dia meninggalkan saya dan memberitahu saya bahawa dia tidak boleh terus lagi maka saya kini mencari cara untuk mendapatkan kembali sehingga saya melihat seorang testimoni tentang perkara ini doktor yang sama di internet mengenai bagaimana dia telah sembuh penyakit begitu banyak dan membantu orang lain dengan masalah yang sama, maka anda tidak akan percaya ini apabila saya dihubungi lelaki ini ke atas masalah saya dia bersedia musim ini dan dua hari selepas dia diberitahu saya bahawa beliau melalui dengan ejaan yang bekerja suami saya hilang kembali dengan lebih cinta di matanya, dan selepas sebulan saya terlepas bulan saya dan pergi untuk ujian dan keputusan yang dinyatakan sedang hamil am gembira hari ini adalah seorang ibu kepada seorang bayi Boy , dia berkata, saya juga akan hamil lagi jika saya ingin mengucapkan terima kasih sekali lagi doktor yang hebat untuk apa yang anda telah lakukan untuk saya, jika anda berada di luar sana mencari mana-mana jampi atau penyembuhan:

    (1) Eja untuk perlindungan dari bahaya

    (2) untuk Eja sihir

    (3) Eja cinta seks yang sama

    (4) Eja untuk penyembuhan penyakit

    (5) Eja untuk halimunan

    (6) Eja untuk kekayaan dan kemasyhuran

    (7) Spell untuk mendapatkan pekerjaan yang baik

    (8) Eja cinta yang kuat dan hubungan

    (9) Eja untuk membawa kembali bekas anda

    (10) Eja untuk hamil

    Anda boleh menghubungi doktor yang hebat ini pada drokojiehealinghome@gmail.com e-mel dan mendapatkan semua masalah anda diselesaikan .....

    ReplyDelete